Saturday, July 11, 2020

Butter Cake Mudah, hanya perlukan 5 bahan!



Chocolate Chunk Butter Cake | Siapa rasa bakar kek tu susah? Bagi Sally setakat bakar kek untuk buat minum petang cicah kopi O tu tak susah pun, tapi kalau nak suruh buat Tornado Cake ke atau kek yang fancy tu memang perlukan keyakinan, kesabaran dan bahan yang banyak. HAHA!

Sally memang selalu spare butter dalam peti sejuk, kalau teringin nak makan kek ke atau datang rajin nak makan kek, boleh terus buat. Selalunya memang atas meja akan ada kek sebab ibu jenis suka makan kerap tapi dia tak suka makan nasi banyak kali, jadinya Sally akan spare la kek atau roti. Biasanya memang kek la sebab tak mahir sangat lagi nak buat roti.


Chocolate Chunk Butter Cake ini merupakan antara kek yang paling kerap Sally buat, kadang kalau datang rajin, Sally buat la marble cake kalau tak ada stok chocolate chunk atau chocolate chips. So, Sally nak kongsikan juga la mana tau kot ada yang nak buat minum petang ke kan.

Chocolate Chunk Butter Cake
Bahan-bahan:
250g butter
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula perang / gula kastor
3 biji telur (Gred A) atau 4 biji telur (Gred B)
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam (kalau suka)

Cara-caranya:
1. Ayak tepung gandum bersama dengan garam, ketepikan. Jangan lupa panaskan oven.
2. Pukul butter dan gula, terpulang nak guna mixer atau whisk sebab tak perlu sampai kembang pun cukup sekadar sebati sahaja.
3. Masukkan telur satu demi satu, pukul lagi sehingga sebati.
4. Masukkan esen vanila.
5. Masukkan tepung gandum, sedikit demi sedikit sampai habis dan kacau sehingga sebati.
6. Oleskan loyang bersaiz 8x8 atau 9x9 dengan butter dan letakkan baking paper, kalau tak ada pun tak menjadi masalah.
7. Masukkan adunan tadi dan tabur chocolate chunk atau chocolate coins/chips.
8. Bakar menggunakan api bawah pada suhu 180 darjah celcius, selama 25-30 minit.
9. Hidangkan panas atau sejukkan, boleh dinikmati bersama kopi atau teh!


Kek ini tak menggunakan baking powder tau, jadinya dia memang akan nampak mendap tapi aroma butter dan kelembapan dia tak boleh bawa bincang, memang sedap! Jiran Sally pun selalu tanya kek ini kalau dia singgah berborak dengan ibu depan rumah. Hahaha, itu pun salah satu sebab kenapa Sally selalu buat kek ni 😂😂

Selamat mencuba guys!

6 comments:

  1. Laparnyaaaaa...zaza kan kalau dekat dgn sally lama dh suh sally ajar masak2 hehe..kek zaza xpnh bljr bt..

    ReplyDelete
  2. Senang je rupanya selalu bygkn wat kek ni byk bhn & leceh. Resepi sally bg ni mudah nk follow.nti leh try

    ReplyDelete
  3. Tunjuk kat husband gambar kek sally buat ni. Terus dia cakap nanti dia pi beli bahan2, nak emi buatkan hehe.

    ReplyDelete
  4. baik..esok aku cuba ..tak jadi jaga ko sally hahahah

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!