Friday, June 26, 2020

Menang contest Guardian x Maybelline.

Alhamdulillah. Sebenarnya dah lama dah Sally menang contest ni, dalam bulan Februari rasanya lepas tu kan busy dengan PKP, jadinya pihak Guardian ambil masa yang agak lama nak pos hadiah. Takde la marah pun sebab kita faham dorang pun tak boleh nak berada di pejabat nak uruskan penghantaran.

Akhirnya pertengahan bulan Jun sampai juga hadiahnya, dah kalau rezeki takkan kemana. Lambat atau cepat je la, walaupun ingat dapat sebelum Raya haritu (kalau mengikut kepada mesej yang terakhir daripada pihak Guardian), lepas Raya pun kira on la, boleh la pakai pergi event ke kan. HAHA.


Sally tak sangka dapat banyak macam ni, ingatkan dapat sekadar foundation atau lipstick atau lipmatte sebatang je, bila dapat tu happy gila walaupun ada beberapa shades yang tak kena dengan Sally, jangan risau ibu ada...hahahaha...nanti boleh bagi dekat dia je.

Sepanjang PKP sampai la ke PKPP ni banyak contest yang Sally masuk, walaupun tak banyak yang menang tapi ada la satu dua yang sangkut, ada cash money dan ada supply makanan untuk 3 bulan. Walaupun rezeki tak banyak berpihak tapi dah lumrah kan. Kalau dah memang rezeki kita, tetap akan jadi kepunyaan kita, kalau dah bukan, dalam mulut pun boleh keluar balik.

1 comment:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!