Saturday, June 27, 2020

Marathon ke pantai bila balik kampung (edisi Kelantan & Terengganu)

Dari PKP sampai la PKPP, akhirnya dapat juga balik kampung. Biasanya Sally akan balik dengan sepupu yang bekerja dekat Sungai Buloh tu, kebetulan lepas je umum boleh rentas negeri dia dapat cuti 6 hari, terus la balik kampung.

Bermula la #RayaFasa2 lepas boleh rentas negeri. HAHA.

Sepupu Sally ni memang sejenis yang suka pantai, nature semua ni la. Kalau kami nampak pantai, daripada sekejap boleh jadi berjam-jam lamanya.

PANTAI BUKIT KELUANG (KUALA BESUT)




Kalau ikut gila dia, nak ajak hiking konon nak tengok sunset. Hahaha. Korang ingat Sally ada masa nak sakit kepala, sakit badan nak hiking. Hahaha...tapi awal juga la kami ke sana, sempat la tengok saki baki sunset yang ada. Pergi awal pagi best nak ambil gambar sebab tak ramai orang.



PANTAI TOK BALI




Pantai yang ini tak plan pun nak pergi, actually dulu ada jalan lain nak ke sini, lepas ada jambatan baru terus tak jumpa laluan. Kononnya nak singgah cari jalan la, dah alang-alang tu singgah juga la ambil gambar.

Kalau tak bila lagi nak datang kan walaupun hakikatnya dah nak Maghrib dah. Sekali sekala, nasib baik la dekat je dengan rumah.



PANTAI SENOK (NAMI ISLAND MALAYSIA)


Pantai Senok, pernah viral dulu sebab ada pokok-pokok yang ditanam sebaris, yang hampir sama macam dekat Nami Island, Korea. Ini kali pertama Sally datang ke sini, itu pun sebab kebetulan hantar ibu dengan umi jumpa doktor.



Pantai kat sini best juga, cantik bersih. Mungkin sebab lama takde orang datang, kalau sebelum ni dalam Facebook ramai kata kotor, biasa la rakyat Malaysia ni semua benda nak kena ajar, buang sampah merata tu dah menjadi kebiasaan dah. Hopefully bila dah bebas keluar ni tak jadi la perkara gini kan?



Dekat Kelantan dan Terengganu sebenarnya ada banyak lagi pantai, awalnya nak ke Pantai Irama, Pantai Melawi dan Setiu (Pantai Penarik & Mangkuk) tapi tak kesampaian sebab banyak benda nak buat dalam masa 6 hari tu, perjalanan pergi dan balik pun dah habis sehari kan.

Lepas ni kalau ada rezeki, nak marathon pantai-pantai lain pulak!

Korang dah balik kampung ke??

2 comments:

  1. Rindu nya nak bercuti :D Mell tak pernah pegi Kelantan lagi. Terengganu pun baru jejak Pulau Perhentian. Tempat lain tak lagi haha

    ReplyDelete
  2. Wah! Sakan jalan ya.....mesti seronok kan..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!