Sunday, June 21, 2020

MACPIE DISTRIBUTION DILANTIK SEBAGAI PENGEDAR SAH BAHARU NOKIA DI MALAYSIA


Macpie Berhad, menerusi anak syarikatnya Macpie Distribution Sdn Bhd telah mengumumkan pelantikannya sebagai rakan pengedar sah yang baharu di Malaysia untuk syarikat HMD Global, hari ini.

Macpie Distribution Sdn Bhd sebagai pengedar sah baharu untuk HMD Mobile Malaysia Sdn Bhd, (anak syarikat HMD Global Oy) akan mengedarkan telefon pintar & telefon bimbit Nokia di Malaysia melalui rakan saluran dan rakan korporatnya.

Macpie Distribution Sdn Bhd diketuai oleh Pengarah Eksekutif, Sean Ng yang mempunyai pengalaman lebih 18 tahun dalam perniagaan industri teknologi mudah alih. Beliau memiliki pengetahuan yang mendalam menerusi industri ini dengan rangkaian rakan niaga dan pemain industri yang luas.


Pada tahun 2012, beliau membangunkan telefon pintar berjenama terkenal di Malaysia dengan pengasas bersamanya yang lain dan ia mendapat perhatian dengan cepat, membangun di pasaran dan berjaya mengukuhkan kedudukannya di rantau ASEAN. Hanya dalam dua tahun, jenama ini telah berkembang ke Indonesia dan terus mengembangkan sayapnya ke pasaran ASEAN yang lain. Beliau amat percaya dengan pendekatan pengambilan secara langsung bagi strategi perniagaan dan pemasaran terkemuka, pengurusan jenama, pengurusan logistik & rantaian bekalan pelbagai negara, strategi operasi dan analisis perniagaan data besar.

"Dengan rasa rendah diri kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan HMD Global yang telah membantu kami menjadikan ia satu realiti. Memandangkan kekuatan kami dalam perniagaan mudah alih, kami yakin dapat bekerjasama dengan HMD Global untuk meneruskan pengembangan telefon mudah alih Nokia di Malaysia.

Seiring dengan proposisi unik mereka, "It just keeps getting better", telefon mudah alih Nokia terkenal sejak sekian lama kerana ia memberi pengguna rasa lebih yakin dan stabil.


Macpie Berhad komited untuk menyokong pertumbuhan baharu telefon mudah alih Nokia di pasaran Malaysia dan akan berusaha untuk memastikan ia dapat memberi manfaat kepada pengguna dari semua lapisan masyarakat.

"Memandangkan kita menuju ke arah teknologi 5G, kami yakin bahawa fokus HMD Global pada inovasi dan kualiti akan menghasilkan telefon pintar 5G yang lebih mudah diakses pada masa akan datang. Kebanyakan telefon pintar Nokia juga diperakui sebagai peranti yang disyorkan oleh Android Enterprise dan menjadi pilihan syarikat besar dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mencari peranti berprestasi cemerlang, selamat dan terkini untuk pekerja mereka," kata Pengarah Eksekutif Macpie Distribution Sdn Bhd, Sean Ng.

Pengurus Negara (Malaysia dan Myanmar) HMD Global, Vijay Thangavelu berkata, “Di HMD Global Malaysia, kami amat bangga berkhidmat untuk peminat setia telefon mudah alih Nokia serta pengguna baharu. Perubahan struktur ini adalah sebahagian dari agenda transformasi kami bagi memperkenalkan cara baharu untuk bekerjasama dengan saluran & rakan korporat kami agar perniagaan kami ‘terus menjadi lebih baik’. Kami amat gembira dapat bekerjasama dengan rakan kongsi kami yang baharu sahaja dilantik, Macpie Distribution Sdn Bhd dan berharap kami dapat bersama-sama mengembangkan perniagaan telefon pintar Nokia sambil terus menyokong permintaan telefon bimbit kami”.


Vijay menambah, “Di HMD Global, kami mempunyai idea sederhana di teras operasi kami di mana teknologi mudah alih harus meningkatkan kehidupan seharian setiap orang di seluruh dunia. Kebanyakan pilihan telefon kami adalah langkah untuk merealisasikan visi tersebut dan kami ingin melangkah lebih jauh dengan memastikan telefon mudah alih kami bertambah baik dengan penggunaan selama bertahun-tahun melalui reka bentuk yang tidak lapuk dek zaman serta kemas kini keselamatan dan prestasi secara berkala."

"Prinsip-prinsip ini tidak boleh dihapuskan dari setiap telefon dalam seluruh portfolio telefon mudah alih kami dan itu yang membezakan Nokia di pasaran telefon bimbit - kami mereka telefon yang boleh anda percayai untuk menjadi teman digital harian anda. Memandangkan teknologi 5G menjadi perhatian masa kini, kami melihat ia sebagai peluang menarik untuk menghasilkan teknologi canggih yang lebih mudah digunakan oleh orang ramai. Kami berharap dapat menyumbang dengan membawa teknologi 5G ke segmen yang lebih berpatutan ketika kami memasuki pasaran nanti,” katanya.

2 comments:

  1. wow Nokia !! nama yang sangat nostalgia..
    tak sabar tengok telefon baru diorang..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!