Siri Thermal Ekslusif tokidoki kini di Guardian Malaysia.

Siapa kat sini kaki shopping dekat Guardian? Hehehe...Sally memang jenis suka masuk farmasi, lagi-lagi Guardian. Kalau masuk tu daripada tak ada benda nak beli pun boleh beli. Korang pernah nampak tak kolaborasi antara tokidoki dan Guardian?

tokidoki, yang bermaksud ‘kadang-kadang’ dalam Bahasa Jepun, merupakan sebuah jenama gaya hidupi konik bertaraf antarabangsa yang dihasilkan artis Itali Simone Legno dan rakannya, usahawan terkenal Pooneh Mohajer dan Ivan Arnold.

Kalau sebelum ini Siri Kembara hasil kolaborasi dengan tokidoki berjaya menarik peminatnya yang tersendiri, Guardian Malaysia hari ini sekali lagi bergabung dengan tokidoki dan telah melancarkan promosi terbaru Siri Thermal Eksklusif tokidoki.


Set Ekslusif ini merupakan salah satu langkah promosi dlm bulan Ramadan yang mulia, yang bertujuan untuk menggalakkan kita untuk makan dan minum secara sihat, lebih-lebih lagi apabila kesihatan di seluruh dunia sentiasa terancam dengan penemuan virus-virus dan penyakit baru, jadinya kita perlu memberi perhatian lebih kepada kesihatan diri dan keluarga.

Dengan Siri Thermal Eksklusif Guardian tokidoki, kita boleh membawa bekal makanan dan minuman yang sihat dari rumah ke tempat kerja, atau untuk diberikan kepada yang tersayang. Selain drpd aspek kebersihan, bekal yg dibawa dlm bekas-bekas ini akan menjadikan makanan kekal hangat atau sejuk mengikut selera kita.


Termos Tahan Panas dan Balang Makanan berdinding kembar ini boleh menyimpan makanan dan minuman sejuk selama 10 hingga 12 jam atau panas untuk 8 hingga 10 jam. Tak payah nak cari microwave dah kan?

Guardian Malaysia juga ingin memainkan peranan mereka dalam membantu menjaga alam sekitar dengan menggalakkan pelanggan yang membeli dan menggunakan bekas-bekas tahan panas atau sejuk ini, secara tidak langsung mengurangkan sisa bungkusan dan plastik daripada pembelian makanan.

Siri Thermal Eksklusif Guardian tokidoki mengandungi beg tahan panas/sejuk, Termos Tahan Panas/Sejuk (350ml) dan Balang Makanan Tahan Panas/Sejuk (500ml). Set tiga barangan ini hanya berharga RM80 setiap set dengan pembelian RM20 dan ke atas dalam satu resit termasuk barangan jenama-jenama yang mengambil bahagian atau RM40 dan ke atas dalam satu resit sekiranya tanpa jenama-jenama yang mengambil bahagian. Koleksi eksklusif ini turut boleh didapati di stor dalam talian Guardian di www.guardian.com.my dan akan dihantar ke rumah bersama-sama dengan pesanan
barangan yang kita beli.

Oleh kerana Siri Thermal Eksklusif Guardian tokidoki adalah edisi terhad, pembelian adalah di atas dasar siapa cepat dia dapat dan dah mula dijual bermula 1 Mei sehingga stok masih ada di semua stor Guardian di Malaysia.

Penaja-penaja utama promosi ini adalah Bio-essence, Garnier, Clairol Herbal Essences, Maybelline, Nanowhite dan Sunsilk manakala penaja bersama adalah Energizer, Flavettes, Libresse, L’Oreal (Hair), Shokubutsu, Scott’s dan Systema. Jangan lupa dapatkan kedua-duanya sekali!

Post a Comment

1 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!