Selera Kampung Tiki - Delivery Service (Ramadan 2020)


Bulan Ramadan sinonim dengan bufet Ramadan, Sally pun setiap tahun mesti ada 2-3 kali dapat jemputan berbuka puasa di hotel. Best tu jangan cakap la sebab ada pelbagai jenis makanan yang kita boleh makan untuk berbuka puasa. Daripada menu masakan Melayu, masakan Cina dan sebagainya.

Tahun 2020 ini agak unik sebab kita di uji dengan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang membataskan pergerakan kita. Bufet Ramadan pun telah dibatalkan supaya dapat menjaga jarak antara satu sama lain. Jangan risau, walaupun bufet Ramadan tiada tahun ini, kita masih lagi boleh merasai makanan daripada hotel yang pelbagai.


Tahun ini seperti kebiasaan, Sally memang takkan lepaskan peluang untuk berbuka puasa dengan makanan daripada Restoran Kontiki, Hotel Federal Kuala Lumpur. Walaupun pada tahun ini tak dapat nak ke sana, tapi nasib baik ada promosi Selera Kampung Tiki - Delivery Service.

Happy tu jangan cakap la, ada 8 set menu yang korang boleh pilih, macam Sally pilih set Nasi Kabsah Kambing. Dlm set ni ada:

↪ Pajeri nenas
↪ Kerabu taugeh
↪ Pappadom
↪ Pandan Layer Cake
↪ Kurma
↪ Jus Oren, Guava dan Pink Guava

Pada Sally memang sangat berbaloi la set yang Sally pilih, kalau korang dekat rumah tak ramai pun boleh pilih half set, macam set yang Sally order ini full set. Harga pula?

↪ RM68 (Half set, 2-3 org makan)
↪ RM118 (Full set, 4-6 org makan)



Macam yang Sally cakap, ada 8 set yang boleh korang pilih, nak menu masakan Melayu tradisional atau nak ada twist Indian food, atau nak Nasi Lemak, semuanya ada...Korang tinggal pilih sahaja nak set yang mana dan untuk berapa orang makan.

Set 1
FEDERAL YELLOW GLUTINOUS RICE WITH RENDANG AND ACAR RAMPAI BEREMPAH
↪ Choice of Rendang: Mutton, Beef or Chicken
↪ Kerabu Ayam & Buah Kurma
↪ Dessert Mango Pudding & Jus Orange or Guava

Set 2
FEDERAL TOMATOES RICE WITH TANDOORI CHICKEN & EGGS-LODEH
↪ Kerabu Kerabu Sotong & Buah Kurma
↪ Dessert Coconut Pudding & Jus Orange or Guava

Set 3
CHEF FITRI BUKHARI RICE WITH LAMB LEG MEAT AND CURRY VEGETABLES
↪ Kerabu Kacang Botol & Buah Kurma
↪ Dessert Mango Payasam & Jus Orange or Guava

 

Set 4
CHEF MOORTHY CHICKEN DRUMSTICK TIKKA WITH BIRYANI SAUCE AND ALOO GOBI
Served with Jeera Rice
↪ Kerabu Udang & Buah Kurma
↪ Dessert Mango Lassi & Jus Orange or Guava

Set 5
CHEF LAILA NASI LEMAK PANDAN HIJAU WITH FRIED CHICKEN WHOLE DRUM MEAT & POTATO RENDANG WITH CONDIMENTS
↪ Kerabu Kupang & Buah Kurma
↪ Dessert Cream Caramel & Jus Orange or Guava

Set 6
FEDERAL NASI KABSAH KAMBING
Served with Pajeri Nenas & Papadom
↪ Kerabu Taugeh & Buah Kurma
↪ Dessert Pandan Layer Cake & Jus Orange or Guava

Set 7
FEDERAL NASI GORENG KAMPUNG STYLE WITH AYAM PENYET & TELOR SAMBAL BAWANG
↪ Kerabu Ikan Bilis & Buah Kurma
↪ Dessert Swiss Roll with Durian Flavor & Jus Orange or Guava

Set 8
BAKED RED SNAPPER FISH FILLET WITH PERCIK SAUCE
Served with Nasi Minyak & Chick Peas Curry
↪ Kerabu Mangga Muda & Buah Kurma
↪ Dessert Bread Pudding with Vanilla Sauce & Jus Orange or Guava

Untuk tempahan, download aplikasi FAVE atau klik link ini: HALF SET | FULL SET

Untuk maklumat lanjut boleh ke laman web hotel: www.fhihotels.com/hotel-package/selera-kampung-tiki-delivery-service-federal-kuala-lumpur

Post a Comment

0 Comments