Monday, May 4, 2020

Resipi Kuih Kaswi Sedap.

Kuih Kaswi, antara kuih yang menjadi kegemaran Sally sejak dari dulu, Sally memang jenis suka dengan kuih muih tradisional. Musim PKP ini nak beli macam malas je lepas tu kadang dapat kelapa yang tak ada santan, kering je macam hampas, lagi la rasa nak marah.

Sebelum puasa hari tu Sally buat kuih kaswi, yang biasa dan pandan, takde beza sangat pun sbb Sally guna adunan yang sama, cuma yang pandan tu lepas tu Sally tambah pewarna hijau dan esen pandan je sedikit. Well orang malas memang macam ini, lagipun kat rumah ni bertiga je nak buat sampai dua adunan rasa membazir.

Ada orang letak kicap pekat sikit dalam adunan supaya warna kaswi tu cantik, Sally tak letak sbb takut jadi lain, pulak yang ada kicap manis je. Kira halal je la warna macam tu kan?


Bahan-Bahan:
➤ Bahan A:
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 cawan air
1 helai daun pandan

➤ Bahan B:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
3 cawan air
1 sudu besar bancuhan air kapur

➤ Bahan C:
1 biji kelapa parut
sedikit garam

Cara Penyediaan:
  1. Masak bahan A, simpulkan daun pandan utk bau yang wangi
  2. Dalam mangkuk berasingan, masukkan kesemua bahan B dan lepas tu tuang bahan A, kacau sebati.
  3. Dalam bekas pengukus, tuang adunan sehingga 3/4 penuh dan kukus selama 15 minit, kalau korang nak gunakan loyang boleh kukus dalam 25-30 minit.
  4. Gaul kesemua bahan C dan kukus sekejap supaya tak cepat basi kemudian salutkan kepada adunan kuih yang dan kukus tadi. Siap!

Tips:
➤ Tudung pengukus hendaklah dibalut dengan kain supaya air kukusan tidak menitis.
➤ Pastikan guna air kapur sahaja bukan kapur tu kalau tak nanti kuih jadi keras dan pahit.

4 comments:

  1. fevreeettt jugak.. ada orang cakap sama macam kuihh lompang rasa dia no no tak sama. rasa lain n kaswi lagi sedap.

    ReplyDelete
  2. ramai yang rajin buat kuih sendiri bulan ramadhan kali nie. teringin nak makan pulak :D

    ReplyDelete
  3. kuih kaswi memang sedap kalau dapat makan dengan kelapa parut yang muda kann, rasanya berlemak dan manis..thanks share resepi:)

    ReplyDelete
  4. oh ada orang letak kicap ye? baru tau.. nampak sedap tuuuu kaswi.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!