RAMADAN TAPAU @ VIVATEL KUALA LUMPUR - SELERA KAMPUNG


Bulan Ramadan sinonim dengan bufet Ramadan, Sally pun setiap tahun mesti ada 2-3 kali dapat jemputan berbuka di hotel. Best tu jangan cakap la sebab ada pelbagai jenis makanan yang kita boleh makan untuk berbuka puasa.

Tahun 2020 ini agak unik sebab kita di uji dengan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang membataskan pergerakan kita. Bufet Ramadan pun telah dibatalkan supaya dapat menjaga jarak antara satu sama lain. Jangan risau, walaupun bufet Ramadan tiada tahun ini, kita masih lagi boleh merasai makanan daripada hotel yang pelbagai.



RAMADAN TAPAU @ VIVATEL KUALA LUMPUR - SELERA KAMPUNG

Bulan Ramadan ini korang boleh dapatkan pelbagai jenis menu untuk berbuka puasa daripada Vivatel Kuala Lumpur. Perkhidmatan ini kena pick-up sendiri, kalau korang berada berdekatan boleh la cuba.

Retro Cafe Ramadan Ta'Pau 'Selera Kampung' akan berlangsung bermula daripada 27 April sehingga 22 Mei 2020. Menu-menu ini merupakan antara sentuhan daripada Chef Ashar Daud yang terkenal dengan Masakan Warisan Melayu, dengan mempamerkan pilihan seperti Biryani Kambing dan Ayam, Kari Kepala Ikan dan banyak lagi.



Selera Kampung 'Ramadan Ta'Pau berharga dari RM18/nett hingga RM20/nett untuk menu individu. Boleh pilih seleksi Ayam Percik, Daging Salai Lemak Cili Padi, Pais Pari Bakar Air Asam, Sambal Udang Masak Petai, Sup Tulang Rawan Urat Keting atau Sup Kambing Berempah. Para pencinta briyani dapat memanfaatkan peluang ini untuk mencuba Briyani Warisan Kambing atau Ayam yang enak. Tidak lupa Ayam Penyet Minah dan Nasi Ulam Raja.



Mencari makanan keluarga untuk 5 orang? Jangan risau sebab ada dua pilihan yang diberikan iaitu Combo Set 1 - Kari Kepala Ikan Merah pada harga RM130/nett dan Combo Set 2 - Peha Kambing Panggang pada harga RM220/nett. Semua menu akan disajikan dengan lauk sampingan tradisional menu tersebut.



Untuk buat tempahan, boleh WhatsApp pada nombor +6013 228 8840 atau hubungi 03-9205 8888. Kalau buat tempahan menggunakan WhatsApp boleh dapat 10% diskaun tau.

Post a Comment

1 Comments

  1. Menu nampak sedap dan banyak pilihan, harga pun setanding laa dengan menu yang di sajikan, boleh cuba ni kan kalau rasa nak bertukar selera...

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!