Monday, May 4, 2020

MIOS KITCHEN - Masak Makanan Western Di Rumah.

MIOS KITCHEN - Diam tak diam dah masuk hari yang ke-11 kita berpuasa kan, dah sebulan asyik memasak je sebab PKP, bila bersambung sampai ke bulan Ramadan ni sampai dah tepu nak masak apa untuk berbuka puasa.

Haritu rasa nak makan western, tapi malas betul nak keluar beli barang, sebab kalau keluar, benda lain nak beli nanti end up benda lain beranak pinak dalam troli. Boleh relate kan kalau perempuan yang keluar beli barang dapur?



So, Sally terjumpa dengan MIOS KITCHEN, tapi Sally tak order makanan siap, cuma order sos dan daging kambing dan ayam. Yang best sebab kita boleh terus masak dekat rumah, tak payah la nak risau makanan tak fresh, and kita boleh masak ikut keperluan, boleh tambah macam-macam.

Produk Ready-To-Cook keluaran MIOS KITCHEN ini merupakan antara produk baru yang dikeluarkan berdasarkan kepada selera pelanggan tetap di MIOS KITCHEN. Kiranya kalau dekat restoran, menu makanan ini antara yang hot-seller dan selalu mendapat permintaan. Lagipun dengar kata dorang ini pilihan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM), dan pemenang GrabFood Awards mesti la kena cuba en?



Sally try order Carbonara Sauce dan Tomato Sauce. Carbonara dia menggunakan cooking cream dan dalam tu dah ada bawang putih, lada hitam, garam, bawang dan gula. Pendek kata dah secukup rasa la, cuma masa dekat rumah kena rebus spaghetti dan kalau nak tambah makanan laut ke, hotdog atau pepperoni, cendawan tu ikut selera masaing-masing la.

Tomato Sauce pula sesuai kalau nak buat Bolognese, Marinara, Naporitan pun sesuai. Sama juga dengan sos Carbonara, dalam sos tomato ini dan ada bawang putih, lada hitam, garam, bawang dan gula. Tinggal nak campur dengan bahan-bahan yang kita suka. Kalau nak gunakan sos tomato ini sebagai base untuk pizza pun sesuai.



Selain tu Sally try juga order Chicken Chop and Lamb Chop Marinate, mana tau kot nanti-nanti nak buat lagi kan...hahahaha...nampak tak persediaan dia? Serbuk perapan ini dan ada herba yang sesuai untuk perap daging ayam, lembu dan kambing. Paprika, Oregano, Lada Hitam dan lain-lain. Hmmm...macam nak kena repeat lagi ni...



Sally order Grilled Chicken Chop & Grilled Lamb Chop yang single portion je, ingatkan ada daging yang dah siap marinate je tapi sebenarnya dalam tu lengkap, ada daging yang dah siap perap, sos lada hitam dan brown sauce dan mash potato. Complete kan?

Grilled Lamb Chop tu menggunakan PREMIUM NEW ZEALAND LAMB SHOULDERS, daging dia lembut je lepas tu kurang lemak, memang puas hati makan. Perapan daging tu memang secukup rasa dan berbaloi la dengan harga.





Macam dekat restoran mahal kan? Sally buat Spaghetti Carbonara, Grilled Chicken Chop & Grilled Lamb Chop untuk berbuka puasa. Cukup la satu sorang untuk Sally dengan ibu...Hahahaha, abang Sally kena share dengan ibu. Sesuai la untuk masak bagi keluarga makan.

Tak susah pun tau nak siapkan semua ini, dalam masa 15-30 min je dan boleh siap, Sally grilled dalam ai-fryer, lagi sempurna la masak dia, jimat masa, mudah dan sebab tu Sally boleh siapkan spaghetti, bijak kan Sally? HAHA!



Ish sambil menaip ini rasa lapar pula tengok makanan ini, rasanya memang kena buat lagi, nasib baik dah prepare nak serbuk perapan dan juga sos tomato tu, lepas ni dapur Sally jadi dapur omputih la kan, baru la selari dengan tagline MIOS KITCHEN, "Mios Kitchen In Your Kitchen".

Incase kalau korang teringin juga, nak cuba makanan MIOS KITCHEN, boleh check out laman web www.mioskitchen.com, jangan risau sebab semua datang daripada central kitchen, ada set untuk single pax dan juga set untuk keluarga. Ada pelbagai menu lain juga selain daripada kambing dan ayam, jangan lupa cuba!

Facebook: Mios Kitchen Official
Instagram: @mioskitchen_official
Twitter: mioskitchen

8 comments:

  1. Tudia.. lengkap dan menyelerakan..

    ReplyDelete
  2. Senang pasni nak masak western guna je mios kitchen ni.. Nmpk menyelerakan lak semuanya

    ReplyDelete
  3. Hahhh lepas ni nak makan western tak payah susah payah buat sos. Dah ada sos segera mios ni mudahkan kerja masak

    ReplyDelete
  4. perghhhh
    nampak sedap lah
    fuhhh nasib puasa

    ReplyDelete
  5. Mudahnya sekarang ni kan.
    Boleh order je, lepas tu kita buat sendiri masakan tu.
    Mudah sangat sangat dah kerja masak memasak ni.

    ReplyDelete
  6. Kan sekarang musim PKP nak masak kat rumah pun senang, semua ready made sos dah ada.

    ReplyDelete
  7. Eeee...nak order lah nanti. Nampak sedap

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!