Sunday, May 17, 2020

Cara Buat Tau Fu Fa (Versi Original) - Douhua/Doufuhua




Tau Fu Fa / Douhua / Doufuhua - Lepas tengok Sally buat Tau Fu Fa menggunakan air soya kotak dan juga serbuk agar-agar, kakak Sally tak suka sebab dia kata tak sedap dan masa Sally pergi ke rumah dia minggu lepas, dia ajar step by step macam mana nak buat Tau Fu Fa menggunakan kacang soya, made from scratch la senang kata.

Tau Fu Fa ataupun lebih dikenali sebagai Douhua/Doufuhua yang terkenal di China ini merupakan antara snek yang agak terkenal, selain daripada nama Tau Fu Fa juga dikenali sebagai puding tauhu atau puding kacang soya. Kalau di Malaysia, selalu dekat Pasar Malam mesti ada, ada yang menggunakan gula merah dan juga ada yang menggunakan gula putih. Honestly kalau Sally memang suka gula putih tapi ikut mood jugak, kadang tu gula merah je sedap dekat tekak.

RESIPI TAU FU FA

Bahan-bahannya:
150 g kacang soya - direndam 4 jam
1 liter air (boleh tambah dalam 100ml selepas dikisar & diperah)
½ sudu teh GDL (boleh cari di kedai bakeri)*
1 sudu makan tepung jagung*
50 ml air*



Cara-cara penyediaan:

1. Rendam kacang soya dalam 4 jam, kalau boleh jangan lebih takut nanti kacang soya akan jadi masam
2. Sementara tunggu tu boleh la buat air gula (ikut selera masing-masing)
3. Selepas 4 jam, bilas kacang soya dengan air dan buang segala bahan-bahan asing, kalau kulit kacang tu tak ada masalah
4. Masukkan 1 liter air bersama kacang soya tadi dan blend sehingga hancur
5. Sediakan periuk, gunakan uncang penapis atau napkin, kain yang bersih untuk perah air kacang soya, lepas tu boleh tambah dalam 100ml air lagi selepas dikisar & diperah, anggaran akan jadi dalam 1.1 liter
6. Panaskan air soya dengan daun pandan (untuk buang bau kacang) dalam 20 minit
7. Sementara tu boleh campurkan bahan yang bertanda (*), kacau sehingga sebati
8. Untuk kekalkan suhu Tau Fu Fa, kalau boleh gunakan bekas kedap suhu, masukkan bahan yang bertanda (*) dan kemudian masukkan air soya kita tadi
9. Buang lebihan buih yang ada supaya Tau Fu Fa kita jadi cantik licin
10. Tutup bekas dan biarkan selama 20-30 minit dan lepas tu dah boleh makan!



Senang sangat kan buat Tau Fu Fa sendiri? Yang penting bersih dan dapat banyak, boleh makan ulang-ulang kali sampai la puas, Sally suka Tau Fu Fa yang panas, kalau ada air soya pun sedap juga, campurkan kedua-duanya sekali.

Korang? Suka Tau Fu Fa yang panas atau sejuk?

5 comments:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!