Hai Orang Selangor! Jom Beli Juadah Berbuka di PLATS!

BERITA BAIK MESTILAH KENA SHARE KAN!

Walaupun bulan Ramadan 2020 ini kita diuji dengan penularan wabak COVID-19 dan PKP, agak terkesan la sebab buat pertama kalinya tak ada bazar Ramadan di bulan Ramadan!! Hambarnya rasa!



Tapi...tapi Sally terjumpa satu platform yang best untuk semua rakyat Selangor, yes korang rakyat Selangor, semua pelusuk negeri Selangor, satu platform e-bazar (PLATS) telah dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) bagi menyediakan juadah Ramadan di seluruh Selangor. Lagi-lagi kawasan Ampang pun dah ada, bertambah gumbiraaaa la hati Sally!

Seronok ke tidak??



Untuk info, PLATS adalah satu inisiatif kerajaan negeri Selangor dalam membantu peniaga bazar Ramadan yang tidak dapat menjalankan aktiviti berniaga di kawasan terbuka ekoran penutupan bazar Ramadan di seluruh Malaysia pada tahun ini (disebabkan pandemik COVID-19)

Buat masa ini (sehingga 30 April 2020), E-Kitchen PLATS telah beroperasi di 6 kawasan sekitar Selangor, antaranya di Bangi, Shah Alam, Salak Tinggi, Semenyih, Bandar Utama dan Ampang. Akan ada lagi 6 lokasi yang akan mula beroperasi, korang kena tengok pengumuman di platform PLATS dalam masa terdekat ini. Secara total akan ada 12 kawasan E-Kitchen PLATS akan beroperasi.

Cara dia mudah je, korang hanya perlu layari laman web PLATS (www.plats.com.my) untuk menempah juadah berbuka yang dikehendaki, bermula jam 9.00am hingga ke 4.00pm dan penghantaran akan bermula pada jam 3.30pm hingga 7.00pm. Pesanan tempahan akan dihantar oleh rakan penghantaran seperti Grab, Mr. Speedy, Zepto Express dan MatDespatch mengikut lokasi yang tertera. Mudah kan? Klik-klik je dah sampai makanan kita.



"Mesti menu biasa-biasa je!"

Hello! Sally takkan share kalau benda takat suam-suam kuku je tau, kalau korang nak tau dalam PLATS ada pelbagai jenis juadah makanan yang selalu kita jumpa di bazar Ramadan, yes tak payah nak buat muka kerut macam tu, semua ada Insya-Allah!

Korang boleh cari pelbagai jenis menu makanan yang korang teringin berdasarkan lokasi tempat korang bermastautin, semua ada dalam laman web tu. Ish, macam teringin nak makan Roti John pula petang ni, kena cari la ni...



Untuk maklumat lanjut:
Laman web: www.plats.com.my
Facebook: PLATS (www.facebook.com/platformselangor) dan MBI (www.facebook.com/mbiselangor)
Instagram: PLATS (@plats_my) dan MBI (@mbiselangor)

Post a Comment

9 Comments

  1. bolehlah usyaa2 sat lagi bila mood malas masak tiberrr :)

    ReplyDelete
  2. Lagi senang nak beli kat bazar.. hujung jari je..

    ReplyDelete
  3. Bestna jadi org selangor sally.. Mcm2 perkhidmatan ada.. Nk mai sana lam. Sally belanja.. Hihi..plats ni bgus juga kan

    ReplyDelete
  4. Bestlah duk Selangor boleh order thru PLATS E Kitchen. Ni buat rasa nak pindah rumah ni hahaha.. Teringin nak makan itu ini order je kat PLATS. Bestnya lahai

    ReplyDelete
  5. Uiii.. Mudah sangat la macam ni kan. Tak perlu pening kepala kalau tak tau nak masak apa, order aje. Cukup masa terima barang. Terbaik laaa..

    ReplyDelete
  6. Hah bagus kalau nak order makanan terus rujuk kat apps ni je la.

    ReplyDelete
  7. kita orang key ell wak.....selangor mmg best..maju..mcm2 ado

    ReplyDelete
  8. Dah habis pose boleh lagi nak order online kat sini kan

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!