Friday, May 1, 2020

Walaupun Puasa, Kita Perlu Kekalkan Pemakanan Sihat di bulan Ramadan.


Bulan Ramadan, antara bulan yang paling ditunggu-tunggu oleh umat Islam khususnya. Walaupun di dalam fasa normal baharu di musim PKP ini, tak banyak bezanya Ramadan yang lepas dan Ramadan pada tahun 2020 ini. Kita masih lagi fokus untuk menjalankan ibadah puasa, solat terawih dan hikmahnya kita mempunyai masa yang berkualiti bersama keluarga.

Walaupun kita berpuasa, bukan alasan untuk kita tidak menjaga pemakanan kita sehari-hari. Kita perlu menjaga kebiasaan makan kita untuk memastikan makanan dan nutrisi makanan yang sepatutnya diterima badan kerana kita mengalami perubahan semasa berpuasa.


Kentang A.S. ialah contoh sumber karbohidrat yang baik kerana bersifat mengenyangkan, menjadikannya sumber makanan yang berkhasiat tinggi dan diminati ramai. Ianya tidak mengandungi lemak, natrium atau kolesterol.

Ini kerana ianya ditanam pada suhu penanaman yang ideal, tanah yang subur, pemprosesan terkini dan kepakaran yang diwarisi sejak turun-temurun. Semua faktor ini menjadikan kentang A.S. antara kentang yang terbaik dunia. Tambahan lagi, piawaian ketat industri yang memenuhi semua spesifikasi Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan A.S., memastikan Kentang A.S. selamat dan bermutu tinggi.

Sally nak kongsikan tips daripada pakar diet, Cik Nurul Aziah Musa mengenai khasiat dan perincian nutrisi. Beliau juga sudi berkongsi 2 resepi yang sedap menggunakan Kentang A.S sebagai ramuan utama. Sally dah cuba buat juga.


Perubahan corak dan kadar pengambilan makanan ketika Ramadan agak sedikit mencabar. Pengambilan makanan yang tidak seimbang sepanjang Ramadan boleh mengundang bahaya kepada kesihatan antaranya komplikasi seperti dehidrasi, sembelit, ketidakhadaman, kelesuan, tekanan darah rendah, pening kepala dan lain-lain.

Kesederhanaan dalam pengambilan makanan sangat perlu dititikberatkan. Kita mesti mengambil makanan dari semua kumpulan makanan berdasarkan kepada Piramid Makanan Malaysia iaitu nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu serta sedikit minyak, lemak, gula dan garam. Selain itu, kita juga perlu mengambil air yang mencukupi.

Karbohidrat kompleks adalah makanan yang akan membantu melepaskan tenaga secara perlahan semasa tempoh berpuasa yang lama di siang hari. Selain daripada nasi yang merupakan sumber makanan ruji kita, kentang juga merupakan salah satu pilihan untuk sumber karbohidrat kompleks yang baik kerana ia dapat membekalkan tenaga yang mencukupi dan mengenyangkan. Ramai yang tidak menyedari, kentang juga mempunyai pelbagai khasiat yang lain seperti sumber Vitamin C yang sangat baik, sumber potassium lebih tinggi daripada pisang, sumber vitamin B6 dan serat.


Makanan berkanji dan berserat seperti kentang boleh mengawal ketidakhadaman dan pedih ulu hati ketika berpuasa, selain itu kentang membantu kita merasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih panjang.

Kentang juga adalah sumber tumbuhan yang tiada lemak dan tiada kandungan kolesterol tapi masa memasak kena la pastikan dengan cara yang sihat. Kurangkan menggoreng, dan lebihkan cara masakan yang lebih sihat seperti membakar dan merebus, atau guna air-fryer!

Untuk meningkatkan imuniti diri ketika musim wabak COVID-19 ini, kentang merupakan sumber makanan tinggi vitamin C yang boleh disediakan sepanjang Ramadan ketika iftar dan sahur. Vitamin C berfungsi sebagai antioksidan di dalam badan yang boeh menghapuskan radikal bebas dan juga membantu meningkatkan penyerapan zat besi di dalam badan.

Entri berkait: Resepi Menggunakan Kentang Yang Mudah.




Berikut adalah diantara tips pemakanan yang boleh diamalkan semasa bulan puasa:

1. Amalan sewaktu bersahur
  • Pastikan bersahur kerana ianya merupakan Sunnah, dan dapat mengawal tahap gula dalam darah dan memberikan tenaga sepanjang hari
  • Pastikan pengambilan karbohidrat kompleks seperti Kentang A.S. untuk membekalkan tenaga lebih lama
  • Kurangkan pengambilan garam untuk mengurangkan rasa haus pada siang hari
  • Elakkan pengambilan kafein kerana ianya boleh mempercepatkan dehidrasi

2. Amalan sewaktu iftar
  • Digalakkan untuk mengambil makanan yang ringkas seperti kurma untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada sistem penghadaman kita
  • Utamakan air kosong dalam 6 ke 8 gelas sehari
  • Makan secara perlahan dan tidak gelojoh
  • Kawal saiz hidangan makanan
  • Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan berminyak
  • Kurangkan makanan tinggi gula dan garam

Di samping kuantiti, kualiti makanan dari sumber yang baik seperti kentang juga perlu dititik beratkan dalam merancang diet semasa Ramadan. Kentang jenis Russet adalah berkualiti dan segar, dan rasanya sangat sedap dan berkhasiat serta dapat membekalkan keperluan nutrisi untuk badan.

Untuk mengetahui lebih tentang Kentang A.S, sila lawati laman web www.uspotatogoodness.com.my

7 comments:

  1. Kentang memang bagus tapi kadang rasa muak. Tapi klu dekat kfc sedap pula kentang goreng

    ReplyDelete
  2. Suka makn kentang.. Kentang us berkhasiat.. Tengok menu kentang sally sedpnyaa

    ReplyDelete
  3. Banyak khasiat dan nutrisi kentang ni. Sesuai dijadikan juadan masa bulan puasa ni kan.

    ReplyDelete
  4. Kentang US ni memang banyak khasiatnya kan Sally. Buat bergedel memang sedap sangat tau

    ReplyDelete
  5. Ingatkan kenyang semua sama khasiat dia..kisahnya yg ni lbh special ekk. Ok nak cuba beli kentang us ni gak lah

    ReplyDelete
  6. Yes, i like to buy US Potatoes and add them in my ABC soup or curry chicken, next time i can try bergedil kentang also.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!