Resipi Menggunakan Kentang Yang Mudah.

Nak makan apa sahur nanti? Nak makan apa untuk berbuka puasa? Asyik makan nasi, mee bosan juga kan? Hah, kalau macam tu apa kata kalau cuba menu yang menggunakan kentang macam Sally buat ni...Sedap dan kenyang, sesuai sangat kalau nak buat sahur atau untuk berbuka puasa.

Begedil Kentang A.S. (U.S. Potatoes) dan Oats - (Masak Menggunakan Air-Fryer)


Bahan-bahannya:
2 biji kentang Russet A.S (rebus dan lenyek)
2 biji telur
8 sudu besar oats
5 sudu besar bawang goreng
1 batang cili merah / cili hijau - cincang
1 biji bawang besar - cincang
Garam, lada sulah dan lada hitam secukup rasa
**Boleh juga tambah daging cincang atau tuna, ikut kepada selera masing-masing.




Cara Penyediaan:
1. Gaul sebati semua bahan-bahan dan bentukkan bulat
2. Renjis dengan minyak zaiton
3. Panaskan air-fryer dengan suhu 180c
4. Masukkan begedil ke dalam bakul air-fryer. Masak selama 10 minit
5. Siap untuk dihidangkan

Resipi ini menghasilkan 4 hidangan.
Kandungan nutrien setiap hidangan adalah seperti berikut: Kalori 133, Protein 5.5g, Lemak 3.3 g, Serat 0.7 g

Begedil ini sesuai untuk korang yang nak cuba menu makanan sihat dan mengenyangkan, tambah sihat sebab kita masak menggunakan air-fryer dan kita dapat mengurangkan penggunaan minyak. Begedil ini boleh dimakan bersama nasi sebagai hidangan sampingan dan boleh juga dimakan bersama soto.

Pai Kentang A.S. (U.S. Potatoes) Daging


Bahan-bahannya:4 biji kentang Russet A.S - dibuang kulit dan potong dadu
1 sudu makan mentega
1 biji lobak merah
1 biji bawang holland - cincang
1 bji bawang besar - cincang
1 sudu makan minyak sayuran
500g daging kisar
2 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan sos tomato
180 ml stok daging
50 gm keju cheddar
Sedikit garam dan lada hitam

Cara Penyediaan:
1. Rebuskan kentang Russet A.S hingga lembut. Tos dan lenyek, campurkan mentega, bawang Holland cincang dan keju cheddar. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Gaul rata dan ketepikan.
2. Rebus lobak hingga lembut. Tos dan lenyek. Ketepikan
3. Panaskan minyak, masukkan bawang cincang dan tumis layu. Masukkan daging cincang dan masak hingga daging menjadi perang. Masukkan tepung dan masak sebentar.
4. Tuangkan stok daging dan sos tomato. Biarkan mendidih, kawal api dan masak selama 5 minit.
5. Tuangkan daging dalam Loyang dan ratakan. Kemudian masukkan lobak dan ratakan, diikuti adunan kentang Russet A.S dan akhir sekali taburkan keju cheddar di atasnya.
6. Bakar selama 25 minit dalam ketuhar pada suhu darjah 190c sehingga ia masak sepenuhnya.
Resipi ini menghasilkan 4 hidangan.
Kandungan nutrien setiap hidangan adalah seperti berikut: Kalori 377, Protein 34.2, Lemak 13.6 g, Serat 1.4 g

Resipi ini mudah dah ringkas untuk juadah lengkap ketika bersahur dan sangat sesuai untuk semua golongan umur serta menyenyangkan kerana ada nutrisi lengkap.

Resipi diambil daripada Cik Nurul Aziah Musa, seorang pakar perunding pemakanan.

Post a Comment

1 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!