Sunday, April 5, 2020

Buntu Nak Masak Daging? Ini ada 5 Resipi Daging Yang Best Untuk Dicuba.


Mencari menu untuk masak daging? Honestly Sally sangat menyukai daging berbanding dengan menu lain. Jadinya, Sally nak kongsikan beberapa resipi berasaskan daging yang boleh kita cuba di rumah.

1. DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI PADI


BAHAN-BAHAN:
Daging salai yang telah dihiris nipis (saya gunakan 3 paket)
Terung bulat (dibelah dua)
Santan 1 kotak setengah
Daun kunyit 2 helai
Serai 2 batang (diketuk)
Asam keping
Serbuk perasa dan garam.
*Kunyit hidup
*cili api (ikut suka, nak pedas letak banyak)
Bahan yang bertanda (*) hendaklah dikisar atau ditumbuk lumat.

CARA-CARANYA:
1. Daging dan bahan-bahan yang dikisar/tumbuh, hendaklah di masukkan ke dalam periuk dan masukkan sedikit air. Masak sehingga daging salai empuk (lembut). Kemudian masukkan serai, daun kunyit serta asam keping. Biarkan mendidih seketika.
2. Sesudah mendidih, masukkan santan dan asam keping, serbuk perasa dan juga garam. Bila dah masukkan santan ni, korang kena selalu kacau ya, supaya tak pecah minyak.
3. Kalau tak nak terlalu masam, bila dah menggelegak, bolehlah di buang asam keping tersebut.
4.Terakhir, bolehlah dimasukkan terung dan biarkan hingga teruk masak, jangan lupa ya kacau kacau dan kacau, korang tambahlah apa yang patut. Bila terung dah masak sepenuhnya, bolehlah ditutup.

Resipi asal : www.diarymama.com/resepi-daging-salai-masak-lemak-cili-api

2. STEW DAGING OMPUTIH


BAHAN-BAHAN:
A
1 sudu besar minyak masak/minyak jagung
1 sudu besar tepung gandum
350g daging yang di potong dadu

B
1 biji bawang Holland, dipotong dadu
10 ulas bawang putih, lebih banyak lebih sedap
1 sudu besar serbuk Oregano
1 sudu besar serbuk Thyme
2 helai daun Bay
2 sudu besar serbuk Paprika
600 ml air atau rebusan daging
1 sudu besar pes tomato
¼ cawan sos Tomato
2 kiub pati lembu

C
1-2 biji kentang, di potong dadu
1 batang lobak merah, di potong dadu
1-2 batang saderi, di potong dadu
atau lain-lain sayuran yang digemari boleh masukkan

CARA-CARANYA:
1. Gaulkan bahan A dan masak dalam periuk sampai agak-agak kering atau daging lembut, kalau takut daging keras boleh rebus dulu dan simpan air rebusan tadi.
2. Lepas dah masak bahan A, alihkan dan tumis semua bahan B pula, masukkan air dan kiub pati lembu, masukkan pes tomato dan sos tomato, kemudian terakhir sekali masukkan daging (Bahan A) tadi.
3. Lepas dah agak menggelegak tu, masukkan semua bahan C dan kacau lagi. Kecilkan api dan biar mereneh seketika sampai la kuah jadi agak pekat. Kalau rasa pekat sangat boleh tambah lagi air.
4. Siap, boleh makan dengan nasi atau cicah dengan roti. Sedapnya!

3. RENDANG DAGING ITAM


BAHAN-BAHAN:
1 kg daging
Cili kering ( ikut tahap kepedasan masing-masing ) *
Bawang merah *
Bawang putih *
Halia *
Serai *
Lengkuas *
Hiris semua bahan * di atas dan blend tapi jangan terlalu hancur
Kerisik
Gula merah dalam sesenduk
Kicap
Santan pekat ( dalam semangkuk )

CARA-CARANYA:
1. Hiris nipis daging dan perapkan bersama semua bahan di atas tadi dalam masa sejam atau lebih.
2. Bawang merah dan bawang putih - hiris halus
3. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih.
4. Masukkan perapan daging tadi dan biarkan masak sampai empuk. Boleh tambah air jika terlalu kering sedikit demi sedikit. Bila dah empuk baharulah masukkan santan pekat
5. Masukkan kerisik dan hati-hati jangan masukkan garam kerana kicap pun dah masin. Boleh lah rasa kan sedikit dahulu kan, tambah garam hanya jika perlu sahaja. Biarkan mendidih dan kering mengikut kepekatan yang diinginkan.

Resipi asal : www.anajingga.com/2019/05/resepi-dan-cara-masak-rendang-daging.html

4. DAGING MASAK LEMAK TOMATO MASAM MANIS


BAHAN-BAHAN:
1. Daging kisar
2. Tomato Puree (3 sudu besar)
3. Santan (sedikit)
4. Tomato (1 biji dipotpng dadu kecil)
5. Lobak merah(1 batang, dipotong dadu kecil)
6. Bawang (2 biji, dipotong dadu kecil)
7. Lada hitam- jika ingin rasa kepedasan, jika tidak mahu tidak perlu diletakkan (sedikit, tumbuk halus)
8. Cili benggala (sedikit, potong dadu)
9. Garam dan Gula

CARA-CARANYA:
1. Tumis bawang sehingga kekuningan. Kemudian masukkan lobak merah.
2. Masukkan daging kisar (tambah air). Masak sehingga daging menjadi lembut.
3. Masukkan cili benggala, lobak merah dan tomato (dan lada hitam jika suka - sukatan ikut kepedasan yang diinginkan).
4. Masukkan tomato puree, santan, gula, garam. Masak sehingga kuah mendidih dan boleh dihidangkan dengan roti arab.

Resipi asal: www.ayuarjuna.com/2013/06/resepi-daging-masak-lemak-tomato-masam.html

5. CONEY DOG / CONEY ISLAND HOT DOG


BAHAN-BAHAN:
400 gram isi daging kisar
1 biji bawang besar (cincang guna chopper)
1 biji bawang Holland (cincang guna chopper)
1 sudu kecil rempah kari daging
2 sudu besar sos cili
6 sudu besar sos tomato (tomato puree)
1 sudu besar gula perang (optional)
1 sudu besar mustard (optional)
1 cawan air
2 keping keju cheddar
Sedikit garam
5 keping roti hotdog
5 keping sosej daging (dapat yg besar tu best)

CARA-CARANYA:
⇨ Dalam satu mangkuk, campurkan rempah kari, sos tomato, sos cili, mustard dan 1/2 cawan air. Kacau sehingga jadi paste.
⇨ Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumiskan bawang besar hingga naik bau. (Tinggalkan sedikit bawang Holland untuk hiasan)
⇨ Kemudian masukkan isi daging kisar dan biarkan ia masak seketika.
⇨ Setelah isi daging kisar empuk, masukkan paste yang buat tadi. Kacau hingga sebati semuanya.
⇨ Tambahkan gula perang (jika perlu) dan sedikit garam (jangan terlalu banyak garam kerana ada keju).
⇨ Jika kuah agak cair biarkan hingga sedikit kering. Jika kuah agak pekat tambahkan baki 1/2 cawan air tadi dan biarkan didih.
⇨ Akhir sekali masukkan keju cheddar. Kacau sebati & kuah akan menjadi pekat.
⇨ Kukuskan roti selama 1 minit dan sosej selama 7-8 minit.
⇨ Hidangkan roti bersama sosej dan tuangkan 2 sudu kuah yg dimasak tadi. Taburkan bawang besar Holland yang kita simpan tadi diatasnya.

2 comments:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!