Saturday, April 18, 2020

Resipi Air Asam Thai (Makan Dengan Daging Bakar)


Siapa suka makan daging bakar dengan air asam? Hehehe...Actually ini resipi daripada kakak Sally, saje la simpan sini khas untuk kalau datang mood rajin nak makan, nak buat. Kalau korang nak cuba buat air asam yang lain sikit daripada air asam yang kita buat makan dengan ikan bakar tu, boleh la cuba tau.


BAHAN-BAHAN:
3 sudu mkn nampla (sos ikan)
1 sudu besar (gula thai)
2 sudu besar mkn beras (sangai hingga garing)
4 ulas bwg putih
3 biji cili merah Thai
1 cwn pati air asam jawa
1 tangkai kecil daun ketumbar diracik halus
1/2 biji bwg besar potong dadu
Sedikit perasa (MSG)

CARA-CARA NAK BUAT:
1) tumbuk bwg putih dan cili hingga lumat
2) masukkan sos ikan dan gula Thai
3) masukkan air asam jawa dan perasa
4) kacau semua bahan diatas dan masukkan bwg besar beserta daun ketumbar
5) tumbuk separa halus beras yang dah disangai garing
6) masukkan dlm sos Thai td dan kacau rata

Sos ni berhantu tau kalau nk cicah dgn daging dan ikan bakar pun boleh...Kalau makan dengan nasi mau bertambah, tak nak makan dengan nasi pun takpe, cicah dan ratah macam tu je. Dapat ikan yang fresh, daging yang lembut memang syahdu je makan. Jangan lupa cuba tau!

9 comments:

  1. Haihh .sedapnya, dah lama save resepi ni tapi belum cuba lagi .ada beberapa bahan takda kat dapur . Daun ketumbar tu sangat penting ..kalau nak aroma sos tu rasa sedapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, kalau nak bau lg umphhh masukkan je sekali akar ketumbar tu... Hehehe

      Delete
  2. sedap aih.. kecuq ayaq liuq tgk ^_^

    ReplyDelete
  3. Selalu air asam biasa..wah boleh ubah ni guna cara ni..terima kasih share resipi.

    ReplyDelete
  4. Dulu suka makan air asam ni kat food court Pavilion. Sedap sangat.

    ReplyDelete
  5. OMG... ni pucuk dicita ulam mendatang!.. tq for sharing this resepi. Hujung tahun lepas, sy bawak family pi main kayak di Thailand... x boleh nak recall nama tempat tu... kawasan kampung atas bukit... yang best nya.. resort yg bawak kami berkayak tu sediakan masakan Thai yg macam di Malaysia.. Ikan Bakar cicah air asam.. tapi, air asam dia ya rabbi sedap...dok teringat lagi rasa dia tu.

    Saya nak try resepi sally ni, to the extend saya dapat rasa macam kat sana hari tu. Wish me luck!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh... Sally pun selalu makan bila kakak buat je sbb Sally tak simpan sos nampla, gula Thai tuu...

      Mohon share kat Sally kalau jadi. Terima kasih sudi try 😉

      Delete
  6. air asam ni kalau cicah dengan daging ke, ikan ke memang best

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!