Monday, April 6, 2020

Cheezy Baked Egg Muffin (Muffin Telur Mudah)


Hai korang, fuhhhh riuh rendah masa PKP ni orang mencari roti Gardenia. Sampai ada yang follow belakang lori Gardenia sebab nak ikut mana kedai yang mereka hantar. Tapi sayangnya beberapa hari lepas Sally tengok satu posting yang menyatakan ada banyak roti Gardenia yang terbuang kerana sudah tarikh luput.

Kadang pelik dengan rakyat Malaysia ni, roti tu bukannya makanan ruji kita, ada nasi, pasta, mee dan sebagainya tapi masing-masing beli roti berbuku-buku, walhal tahu tarikh luput maksima sebuku roti tu hanya 5 hari. Lepas tu buang? Kan sayang, dah la membazir.

Disebabkan mendapat kesedaran itu la, Sally nak share dengan korang satu menu yang mudah je nak buat menggunakan roti yang dah nak expired, eh tapi kalau nak guna bila-bila masa pun boleh, tak payah la tunggu nak expired pulak baru nak buat. Resipi ini sangat mudah dan korang boleh gunakan pelbagai jenis bahan untuk dijadikan inti.


CHEEZY BAKED EGG MUFFIN

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
6 keping roti, dipotong bahagian tepinya (kalau sayang jangan buang, macam Sally depan rumah ada burung merpati)
3-4 biji telur
Keju Mozarella
Sedikit garam, dan mixed herbs

Untuk inti, Sally gunakan:
Sosej ayam, lada benggala, daun bawang, lobak merah
(boleh juga gunakan jejari ketam, daging @ ayam cincang, sayuran beku, tuna atau udang)


CARA-CARA NAK MASAK:
1. Potong tepi roti, supaya muffin kita jadi cantik.
2. Campurkan telur, garam, mixed herbs dalam satu bekas. Kacau rata.
3. Sapukan sedikit minyak pada loyang, letak roti, letak semua inti yang diinginkan, tuangkan telur tadi dan letakkan keju Mozarella di atasnya.
4. Bakar dalam ketuhar/air-fryer pada suhu 180°c , dalam 10-15 minit.


Selain daripada menggunakan roti, korang juga boleh buat Egg Muffin sahaja tanpa roti, cara-cara nak buat sama sahaja, boleh tambahkan susu segar untuk rasa yang lebih lemak dan semasa bakar kena naikkan masa dalam 20-25 minit, atau sehingga masak bergantung kepada ketuhar.


Diatasnya korang boleh la letak sos Honey Mustard, Mayonnaise atau Sos Cili. Resipi ini sesuai untuk minum petang atau pun nak buat sebagai menu sarapan. Mudah, kenyang dan berkhasiat kan?

3 comments:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!