Resipi Bubur Jagung Dengan Sagu.


Bubur jagung, antara menu pencuci mulut yang paling senang nak buat, rata-rata yang cuba buat mesti takkan gagal la sebab senang. Biasanya bahan-bahan yang kita akan gunakan daripada Ayam Brand, termasuklah santan dan jagung.

Jom kita cuba buat bubur jagung untuk meinum petang atau menu pencuci mulut berbuka puasa sempena bulan Ramadan nanti.


BUBUR JAGUNG BERSAMA BIJI SAGU

BAHAN-BAHAN:
1 tin Ayam Brand Jagung Manis Ala Krim
1 tin Ayam Brand Jagung Cawan Manis
220ml Ayam Brand Santan Superlight
1 sk garam
1 sb gula
Sagu (agak-agak sahaja kuantitinya)

CARA MEMBUATNYA:
1. Dalam periuk, masukkan Santan Superlight. Gaul pada api kecil supaya santan tak pecah minyak.
2. Masukkan Krim Jagung Manis dan Jagung Manis. Boleh juga letak daun pandan utk bg bau yang wangi.
3. Tambahkan sagu, gula dan garam. Masak sehingga mendidih.


Post a Comment

2 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!