Sunday, March 29, 2020

Apam Balik Macam Dekat Pasar Malam!


Masa PKP ni la banyak benda teringin nak makan, nak tak nak terpaksa juga la buat sendiri kalau tak kempunan! Nak pergi pasar malam memang mimpi la, dah nama pun PKP kan, memang takde la pasar malam yang buka.

So, harini Sally nak kongsikan resipi Apam Balik macam dekat pasar malam tu. Yang ini Sally masak menggunakan non-stick pan, janji masak dan tak melekat dah kira settle la...hehehe


Bahan-bahan:

Bahan A
1 biji telur
1½ cawan susu segar
¼ cawan gula
½ sudu garam
Sedikit pewarna kuning

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Untuk inti; jagung manis, gula, kacang tanah, chocolate rice, susu pekat (ikut selera)


Cara-cara nak masak:

1. Semua bahan A tadi masukkan dalam bekas, kacau sehingga gula tu hancur, guna whisk boleh atau nak guna blender lagi senang. Selepas dah siap tu, masukkan pula Bahan B, kacau sehingga sebati

2. Adunan tadi rehatkan selama minimum 30 minit

3. Sediakan non-stick pan, panaskan tanpa minyak @ butter, letak adunan tadi dalam satu ke dua senduk, ikut ketebalan yang korang suka.

4. Bila dah berbuih macam dalam gambar tu, korang boleh la taburkan gula, kacang, jagung manis atau apa-apa ikut selera. Bila dah agak masak, terus lipat dua dan angkat, sapukan butter dekat permukaan atas apam balik.


Nanti potong la ikut selera masing-masing, gunakan api yang kecil je tau, kalau tak terbakar macam Sally punya yang pertama. Good luck semua!

10 comments:

  1. Woww, nice..boleh niaga pasor malam pasnihh.. HAHA

    ReplyDelete
  2. Alamak kena buat jugak ni, dah memeleh air liur kita tengok Apam Balik Sally tu ha, nnt nak tryla resepi ni, kalau buat nak extra jagungla dapppnye

    ReplyDelete
  3. Wah, senang nya boleh buat ni. Nak try la tak pernh buat

    ReplyDelete
  4. Perghhh menjadi la.. Nampak sedap tu... Wah dh boleh open order

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaa. Mmg lama da xmakan apam balik ni sbb pkp ni. Nti nk try wat sndri la.

    ReplyDelete
  6. Lepas MCO you boleh buka berniaga makanan juga, sebab semua yang Sally masak memang nampak sedap

    ReplyDelete
  7. Alaaaaa.. Kita naik terliur tengok ni.. Nak membuatnya, macam tak berkerajinan pulak. Hihihi

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!