Ramadhan Buffet 2020 | Sajian Warisan Budaya di Swiss-Garden Genting Highlands.

Bayangkan kita berbuka puasa di Genting Highlands, sejuk dan nyaman je cuaca. Kalau daripada Kuala Lumpur hanya mengambil masa lebih kurang 35-45 minit untuk sampai. Sajian Warisan Budaya merupakan tema kepada bufet Ramadan yang akan diadakan bermula 24 April - 24 Mei 2020 di Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands.



The Garden Terrace Cafe yang terletak di tingkat 5 mampu memuatkan seramai 300 orang dalam satu-satu masa. Antara menu yang wajib cuba Song Yee Kepala Ikan Tempoyak, Ayam Panggang, juga ada Rendang Ayam bersama dengan Lemang dan Ketupat Palas. Selain itu, wajib cuba Teh Tarik yang dibuat LIVE di depan mata tau. Barulah fresh!

Ada lebih 100 jenis masakan yang bertemakan Sajian Warisan Budaya akan disajikan setiap hari. Kalau korang jenis yang suka pedas, Sambal Sotong kat sini sangat la recommended tau. Dalam mana pedas sampai berdesing telinga, Sally tetap makan dengan ketupat palas. Macam Hari Raya!

Menu lain termasuklah Nasi Biryani Gam Kambing dan Kaki Kambing Bakar!





By the way, sekarang ada promo, korang boleh dapat harga istimewa ‘Early Bird’ RM 55.00 nett sahaja untuk seorang dewasa kalau buat tempahan sebelum 20 April 2020 ini. Selepas daripada tarikh ini, harga akan kembali normal kepada RM 78.00 nett untuk seorang dewasa dan RM 34.00 nett untuk kanak-kanak (4-12 tahun) dan warga emas berumur 60 tahun keatas.

Kalau korang menginap disini, perkhidmatan untuk Sahur dibilik juga disediakan bermula jam 4.00am setiap hari. Bufet Sajian Warisan Budaya akan disajikan bermula jam 6.30pm - 10.00pm.





Untuk pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi atau WhatsApp ke 016-6700743 (Ravi), 017-5428790 (Firdaus) atau boleh terus email kepada ravinda.chantira@shrgh.swissgarden.com / fnb@shrgh.swissgarden.com

Post a Comment

0 Comments