Tuesday, March 17, 2020

Koleksi Bahari Asyek Sempena Syawal 2020.


SYAWAL SHOWCASE BAHARI ASYEK 2020 - PESONA WARISAN

Kalau sebut pasal fesyen warisan Melayu, koleksi Bahari Asyek (BA) memang akan menjengah ke fikiran kita. Melangkahi Mac 2020 ini, bererti premis Butik Bahari Asyek (BA) kini memasuki tahun ke l2 usianya di persada dunia fabrik dan fesyen tempatan.



Bahari Asyek ditubuhkan daripada minat serta kecintaan terhadap seni dan warisan. Selaras dengan namanya BAHARI yang membawa maksud barang lama, yang silam, warisan lama, bahan lama yang dipinggirkan sementara ASYEK memberi maksud suka, jatuh cinta, terpegun dan terpesona. Kesimpulannya BAHARI ASYEK bermaksud jatuh cinta kepada warisan tradisi bangsa.

Sebanyak 32 rekaan baru telah dipamerkan bagi koleksi syawal 2020. Sejajar dengan konsep Bahari Asyek yang bercirikan warisan dan tradisional, tentu saja busananya tidak lari daripada imejnya. Berikut adalah 17 rekaan baru, diketengahkan untuk Syawal Showcase 2020 ini, daripada 32 rekaan busana yang diketengahkan bagi jualan musim syawal ini.







  • Kurung Moden Puspa inspirasi dari kurung moden pada zaman retro 70-an yang mana warna terang yang digunakan beserta butang-butang besar yg diketengahkan menampakkan gaya yg lebih ranggi, lasak, lincah, cergas dan cerdas.
  • Kurung Kuno Kapas merupakan kurung yang paling diminati di BA yg mana menggunakan bahan kapas India dgn teknik hand block.
  • Kurung Riau Cotton Raw Silk berperada emas mmg menarik. Kurung riau ini menggunakan teknik chop, hand block dengan air prada emas yang tentu nya menambahkan keindahan busana ini.
  • Kurung Riau Tenun mengguna bahan tenun tangan bercorak garis halus yg di tempah khas dgn warna prime yg memang menjadi permintaan ramai.
  • Kurung Poket Dua inspirasi daripada kurung moden pada zaman retro 70-an yg mana warna terang yang digunakan beserta dua poket besar yg diketengahkan menampakkan gaya yg lebih ranggi, lasak, lincah, cergas dan cerdas.
  • Kebaya Pahang Cotton Chop inspirasi dari baju kebaya lama berbunga telepok. kami menampilkan lagi sekali kebaya pahang dgn bahan cotton mengguna teknik hand block dgn perada (serbuk emas).









  • Kurung Tun Fatimah kurung voil yg agak kembang dan memberi kesan ayu dan beralun bila pemakai nya bergerak atau melangkah .Baju ini mewakili dalam lembutnya wanita ada tangkasnya . Kurungnya sangat selesa dan senang untuk dipakai dalam apa jua upacara. Didatangkan dengan corak ikat.
  • Kurung Sultana kurung voil yg menjadi fav ramai terutama yg berbadan gempal. Sangat selesa dan versatile, Didatangkan dengan motif "mata Ikan" dgn kombinasi bawahan dari corak ikat.’ Tentunya memberi perasaan cantik bak permaisuri.





  • Kurung Kelasi kurung linen kelasi mendapat inspirasi dari kelasi yang belayar. Kurung ini mempunyai leher yg berfungsi melindungi leher dari terdedah panas mentari. Menggunakan corak jalur linen yg sememangnya sesuai dgn cuaca panas terik kini.
  • Kurung Archipelago kurung versatile ini mempunyai keunikan sendiri, bajunya sahaja menggunakan 6 kekek kiri dan kanan mewakili jujukan kepulauan melayu di Nusantara. Kali ini BA memberanikan diri untuk lebih ranggi dgn menggunakan bahan denim untuk kelainan.
  • Kurung Dandia merupakan kurung yg berinspirasi dari baju lelaki gujerat yang di olah dengan pendekatan kurung melayu menggunakan bahan thai silk menambahkan kemewahan baju ini.
  • Kurung Moden 'Rosalinda’ Kurung moden dgn bahan brocade cantik padanan design dan bahan yg cantik menjadikan ianya menyentuh jiwa.
  • Kurung Kuno Bintang Seribu Istimewanya kurung kuno ini adalah sulamannya yg dibuat dan ditempah khas dan sebegitu rupa bintang seribu, kombinasi yang sungguh klasik dan cantik.
  • Kebaya Riau Cengkih Kebaya riau ini menggunakan fabrik brocade yg ditempah khas yg bermotifkan rempah ratus cengkih.
Kurung Tun Teja menggunakan bahan brocade yg tentunya tampak mewah.
Kebaya Cik Siti Wan Kembang menggunakan songket bermotif bunga pecah empat dan design bawahan jalur lebar.
Kebaya Dayang Senandung mempunyai 17 butang, menggunakan bahan cotton silk bermotifkan polka dot.

Mereka turut mengulang rekaan tahun sebelumnya dengan mengetengahkan sekali lagi busana yang mendapat permintaan ramai seperti Kebaya 4 Dara, Kebaya Siti Zaleha, Kurung Kedah Sunti dan Kurung Kedah Seri.

Walaupun empat rekaan ini tidak ada semasa pertunjukan kali ini namun ianya boleh didapati di butik Bahari Asyek di Hotel Concorde Shah Alam. Semua nama untuk rekaan diinspirasikan daripada 'design' dan nama yang diambil daripada pedagang yang ke Asia Tengah, Asia Selatan, negara Balkan dan tanah seberang.

Selain potongan busana tradisional dengan nama-nama yang unik dan tersendiri, kelainan yang ketara busana BA ini adalah dari segi pilihan fabriknya. Kelebihan BA ialah mereka juga mengimport dan menjual fabrik. Fabrik mereka dicari, dipilih, ditempah khas dan diimport dari luar negara, bukan menggunakan fabrik yang banyak terdapat di pasaran negara ini. Ini yang menjadikan koleksi Bhari Asyek sangat ekslusif.

Pemilihan fabrik amat penting dan antara penyumbang kepada mutu dan penggayaan sesuatu rekaan busana. Bergerak selari dengan hala tuju Bahari Asyek untuk warisan, jualan fabrik pilihan dan busana tradisional, bagai serampang dua mata; menjual kain dan busana.

Busana mereka boleh didapati di butik mereka yang terletak di Hotel Concorde Shah Alam dan juga boleh juga didapati secara online di laman Instagram mereka. Semoga dengan adanya pelopor dalam industri fesyen warisan bangsa ini, busana tradisional ini tidak akan tenggelam dek arus permodenan.

6 comments:

  1. Banyak kebaya yang selesa and elegant tu, nanti nak check out.

    ReplyDelete
  2. Cantik koleksi kebaya labuh dengan songket, anak dara suka tengok fesyen kebaya, terasa dekat dah nak puasa dan raya

    ReplyDelete
  3. Cantik semua bajunya..baju style lama mcm ni kan..

    ReplyDelete
  4. Serius suka sangat design baju mcm ni. Walau nampak style lama tp kekal tradisi kemelayuan dia. Suka baju ni. Org ngndung pn blh pakai. Hehehhehe tp rayakah kita tahun ni.

    ReplyDelete
  5. Cantiknya pilihan baju tradisi lama.. sukaaa..

    ReplyDelete
  6. Cantik-cantik design kurung lama ni kan. Kalau kena coraknya, memang letoppss laa.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!