Thursday, February 13, 2020

Ramadhan Buffet 2020 | Makan Yuk di Nook, Aloft KL Sentral.



[Bufet Ramadan 2019 | Nook, Aloft KL Sentral] Tahun 2020, Nook, Aloft KL Sentral sekali lagi membawakan menu Indonesia juga makanan asli Malaysia untuk bufet Ramadan mereka. Makan Yuk @ Nook berharga RM148/dewasa dan akan dihidangkan setiap hari bermula 27 April – 22 Mei bermula 6:30pm sehingga 10:30pm.



Daging Sapi Gongso



Lebih 150 jenis juadah boleh dicuba dalam rangkaian bufet Ramadan di Nook. Macam biasa la kalau pergi bufet Ramadan, yang paling dinantikan mestilah kambing. Di Nook, korang boleh cuba Kambing Bakar Bumbu yang dimasak selama hampir 2 jam untuk mendapatkan tekstur yang lembut berjus.



Selain daripada menu masakan Indonesia dan Malaysia, ada juga menu selingan menu barat dan masakan Cina serta India antaranya Wok-fried Kam Heong Crab, Stir-fried Black Pepper Beef, Lamb Vindaloo, Pizza, Jade Fish Picatta with Mexican Corn Salsa dan Vegetable Lasagna.

Jangan lupa cuba juga Bakso, Gerai Nasi Ayam, Ayam Penyet, Ayam Cabe Ijo, Tempeh Goreng Berempah dan Ikan Bumbu Berempah.



Tak lengkap la kalau makan menu Indonesia tanpa pelbagai jenis sambal yang turut sama disediakan antaranya Sambal Matah, Sambal Cabe Ijo, Sambal Terasi dan Sambal Bawang. Kalau korang jenis yang makan nasi masa berbuka puasa, ada Gulai Ayam Padang, Gulai Daging Tetel, Gulai Masak Lemak Nangka yang boleh dimakan dengan Nasi Kebuli, Nasi Jagung Madura serta Nasi Kuning.









Hah, air balang pun ada tau...Pastikan korang cuba Air Tebu, Sirap Bandung, Air Kurma, Air Jagung, Teh Tarik, Nescafe Tarik dan Kopi Hang Tuah.





Tak lengkap la rasanya kalau Selera Indonesia takde Gado Gado, Urap Sayur, Rojak Uleg Indonesia, Pecal Kangkung, Cilok dengan Kuah Kacang dan pelbagai jenis Keropok. Menu yang wajib korang cuba Ketoprak ni tau...Kalau ada semua ni barulah meriah meja makan, baru lengkap Selera Indonesia kita..hehe

Seleksi menu pencuci mulut, di Nook korang boleh cuba Kuih Lapis Bandung, Kolang Kaling, Bubur Sumsum, Sago Air Gula dan Kolak Ubi (Indonesia). Selain daripada tu ada juga Tapai Ubi, Bubur Pulut Hitam, Chocolate Brownies, Apple Crumble, Banana Bread serta Butter Pudding dengan Sos Vanila, ABC (Air Batu Campur), Lemon Meringue Pie, Strawberry Mousse Cheese Cake, Trio Chocolate Mousse Cake dan Fruit Berries Tart.

Promosi Early Bird untuk bufet Makan Yuk @ Nook Selera Indonesia boleh juga didapati bermula 1 Mac - 24 April 2020 dengan harga RM110 (untuk pembelian 1 - 35 keping voucher) dan RM100 (untuk pembelian 36 keping voucher keatas)

Untuk tempahan serta sebarang pertanyaan, boleh hubungi 03-2723 1188 atau layari www.aloftkualalumpursentral.com

UPDATE!!

Instead of a buffet, Aloft will come with Ramadan takeaway promotion, which priced at RM168 nett for the Chicken Set, and RM198 nett for the Lamb and Beef sets. Each set serves four to five pax
and is available for order from 27 April – 22 May.

Diners are highly encouraged to make reservations at least two days in advance to their
pick-up date. Delivery is available and limited to diners within a 1km radius around the hotel. For all
other diners, please arrange for your preferred delivery vendor or pick up your set at the
front desk, located in the lobby of Aloft Kuala Lumpur Sentral.

No comments:

Post a Comment

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!