
Toscana Beauty and MediSpa baru dibuka kurang daripada sebulan, kalau korang nak dapatkan rawatan estetik boleh ke branch mereka dekat Publika, yang ini dekat Petaling Jaya, memfokuskan lebih kepada kecantikkan dan penjagaan diri. Selalunya Sally memang akan buat pedicure atleast setahun sekali la sebab dekat rumah pun selalu je skrub kaki.
Selalunya kita agak leka kalau berkait dengan kaki, mungkin sebab anggota badan ini kurang diteliti oleh orang tak macam muka, rambut dan sebagainya. Sebenarnya daripada kaki la kita boleh tau tahap kebersihan seseorang tau dan tau tak korang yang masalah kaki akan mempengaruhi gaya berjalan dan imej diri seseorang?
Sally suka buat treatment dekat sini sebab therapist dia sangat berpengalaman dan buat setiap satu prosedur tu dengan sangat teliti. Sally tukar pakai skirt tu sebab tak nak rasa tak selesa, lagipun Sally pakai seluar jeans jadi lebih baik tukar supaya masa proses nak buat rawatan kaki dan kuku kaki tu tak terganggu.
Kuku Sally agak gelap dan kusam sebab Sally memang jenis yang suka pakai kasut bertutup, sebab tu kaki macam terperap. So, kalau korang memang jenis pakai kasut, pastikan beri ruang kaki untuk bernafas sebab kaki juga perlukan lembapan untuk mengelakkannya kering dan kusam.
Honestly la kan, kenapa Sally buat pedicure sebab bila berbadan besar ni memang payah nak capai kaki...Serius tau, bila buat rawatan pedicure ni, rasa yakin setiap pelusuk kaki kita akan dibersihkan. Kalau korang jenis yang jaga kaki, pedicure ni buat 3 bulan sekali pun dah okay dah.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi Toscana Beauty and MediSpa.
TOSCANA BEAUTY & MEDISPA
No 384 (1st Floor), Jalan 5/59
46000 Bukit Gasing, Petaling Jaya, Selangor
Call: +6019 - 449 0015
Isnin - Sabtu (10:00 pagi - 7:00 malam)
Facebook: Toscana Beauty and Medispa
Syoknya.. Mmg lama jgk dah nak buat tapi tak terbuat2 lagi
ReplyDeleteBestkan buat pedicure and foot spa for some relaxation and pampering
ReplyDeletebest sangat buat pedicure. dapat jugak rileks kan tubuh ^_^
ReplyDeleteMmg bersih nampak kaki.. Tak pernah buat pedicure atau manicure
ReplyDelete