Promosi Weekend Dim Sum Brunch Di The Federal Kuala Lumpur.



Siapa kat sini peminat Dim Sum? Honestly Sally memang suka betul makan Dim Sum. Kalau korang nak tau, Dim Sum merupakan sejenis makanan Cina yang dibuat dalam bentuk yang kecil dan di kukus. Daripada mana asal nama Dim Sum tu pun ada banyak definasi, tapi senang kata asalkan dia makanan yang sedap, dah laa!

Promosi Weekend Dim Sum Brunch Di The Federal Kuala Lumpur


Kalau sebelum ni hanya mampu makan Dim Sum yang dibuat oleh kaum kita sendiri, tapi sekarang dah boleh cuba pelbagai jenis Dim Sum yang diimport daripada Hong Kong dan dibuat sendiri oleh chef yang beragama Islam yang ada The Federal Kuala Lumpur.



Susun atur dalam restoran ni pun sangat la mencerminkan macam zaman-zaman Dinasti dulu...semua dekorasi dekat dinding tu macam hidup dan menaikkan semangat nak makan semua semua dim sum yang ada dekat sini.



Lamb Kut Teh, salah satu inovasi untuk kita menghayati hidangan ni...Menukar daging khinzir kepada daging kambing, The Federal Kuala Lumpur memberikan kita peluang untuk merasai makanan menu asli etnik Hokkien dan Teochew ini.



The star of the day, mestilah seleksi pilihan Dim Sum. Dim Sum di sini dibuat sendiri oleh chef, ada yang mengikut selera Malaysia dan ada juga yang di import daripada Hong Kong untuk rasa yang lebih asli. Ada juga bahagian Dim Sum untuk mereka yang vegetarian yang diasingkan.

Antara pilihan yang ada termasuklah "siew mai", shrimps dumpling (Har Kao), Yu Mai, Fish Paste with Beancurd, BBQ Chicken Bun, Lotus Paste Bun dan Custard Bun.






Glutinous Rice with Meat (Chicken)







Main dish ada banyak pilihan juga, kalau korang rasa nak makan sesuatu yang lebih berat, nak makan nasi...ada pelbagai jenis lauk pauk yang dimasak dengan gaya menu masakan cina.



Deep fried Salad Prawn, Deep fried Spring Roll, Egg Tart, Sesame Ball antara menu yang ada di bahagian Deep-fried & Baked.



Yang ini juga agak istimewa, Radish Cake with Bean Sprout. Menu ini exactly macam menu akhir Syawal, Ketupat Goreng...tapi menggunakan kek lobak putih. Memang ralit kalau makan, silap-silap rasa macam Char Kuetiau jugak...hahahaha

Sebenarnya ada banyak lagi menu yang boleh kita rasa, kalau korang mencari tempat yang sesuai untuk brunch on weekend, tempat nak hang out dengan keluarga atau rakan-rakan, Sally mmg galakkan korang cuba Promosi Weekend Dim Sum Brunch Di The Federal Kuala Lumpur, selain daripada banyak pilihan, dekorasi dalam restoran pun sangat menepati tema.

The Federal Kuala Lumpur - MANDARIN PALACE (Level 2)
Sabtu dan Ahad (10.30am - 02.30pm)
RM58 nett (dewasa), RM38 nett (warga emas*), RM28 nett (kanak-kanak*)
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi +603 2148 9166

Post a Comment

1 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!