Punkrock Picnic gabungkan Bunkface dan One Buck Short dalam satu pentas!



Awal era zaman 90an, kat Malaysia ni memang dalam fenomena band-band naik..bukan setakat balada, genre punk rock pun ada pengikut dan peminatnya yang tersendiri...Muzik mereka biasanya berbeza daripada yang biasa kita dengar.

Punk Rock, Hip Hop, Reggae, Ska walaupun mereka ni banyak yang underground tapi serius muzik mereka memang ada pengikut dan juga keistimewaan yang tersendiri. Sally walaupun bukan peminat genre punk rock, tapi sekali sekala kalau dengar lagu bergenre macam ni, memang layan!


Mundzir Abdul Latif (Mooky) - One Buck Short

2003 merupakan tahun dimana One Buck Short tertubuh dan menjadi salah satu band indie yang terkenal dan membawakan genre yang berbeza masa tu. Lepas tu lama juga tak dengar tentang band mereka dan akhirnya, Yoodo berkolaborasi dengan The Bee Publika untuk menganjurkan Punkrock Picnic yang menampilkan Bunkface dan One Buck Short dalam satu pentas!

Siapa je tak kenal One Buck Short? Bunkface?



Kolaborasi Yoodo dengan The Bee Publika untuk menganjurkan Punkrock Picnic sangat-sangat la ditunggu oleh peminat-peminat kedua-dua band tersebut dan yang tambahan lagi Yoodo akan memberikan diskaun 10% kepada 100 orang pelanggan pertama.

Bunkface juga menjanjikan peminat mereka yang hadir dengan persembahan yang takkan pernah dilupakan. Lagu-lagu hit mereka seperti 'Situasi', ;Silly Lily' dan lagu 'Suara' akan turut dinyanyikan pada malam tersebut.


Yoodo & The Bee Presents: Punkrock Picnic

Tarikh: 29 November 2019
Lokasi: The Bee, Publika
Masa: 7.00pm

Harga tiket:
RM 38 (Early Bird)
RM 58 (Advance Sale)
RM 78 (Walk-in)

Tiket boleh dibeli di laman web www.galactix.asia/punkrock-picnic

Post a Comment

3 Comments

  1. dua nama hebat.. tapi kite dengar Bunkface. tu zaman muda2 dulu la hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang pun boleh dgr lagiii laaa... Hehehe

      Delete
    2. Amboi siti cakap macam dia dah tua bebenor. Haha

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!