Konsert HausBoom Music 2019 Bakal Menampilkan 7 Artis Selama 7 Jam!

Mula terkenal sejak tahun lepas, HausBoom yang terkenal sebagai jenama minuman sparkling water dengan jus buah sebenar telah mula mendapat tempat dihati rakyat Malaysia, bukan setakat dalam negara, dah di eksport keluar negara jugak tau.

HausBoom mula mengadakan gig-gig kecil untuk menyokong pemuzik dan buskers yang ada di Malaysia dan untuk kali ini bukan skala kecil tapi HausBoom muzik akan membawakan 7 artis dalam satu pentas dalam sebuah konsert yang akan berjalan selama 7 jam.



Konsert ini akan berlangsung pada 10 November 2019, di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC) bermula jam 4 petang sehingga 10 malam.

Konsert ini dianggarkan akan menghimpunkan lebih 7,000 orang penonton dan bakal membariskan artis-artis terkenal seperti Hujan, Ella, Pop Shuvit, Bunkface, Gerhana Ska Cinta, K-Clique dan Budak Nakal Hujung Simpang. Gabungan unik ini bakal menampilkan elemen rock, hip-hop, reggae dan ska.


Minuman terbaru HausBoom perisa Roti Bakar


Ketua Pegawai Eksekutif Hausboom, Azri Zahier Azmi (John Lemon)

Kata Ketua Pegawai Eksekutif Hausboom, Azri Zahier Azmi, HausBoom sangat teruja selepas dapat mencapai kata sepakat untuk menampilkan kesemua artis yang telah dipilih dan mendapat persetujuan daripada semua yang terlibat. Beliau juga mahu HausBoom untuk terus menyokong industri muzik dan bakat seni tempatan Malaysia khusunya.

Harga tiket untuk konsert:
Early Bird (sehingga 9 Nov 2019) : RM30
Walk-in : RM60
Rock Zone : RM100



Tiket boleh dibeli bermula 15 Oktober 2019 melalui aplikasi mobil "TicketApps"...Jangan lepaskan peluang korang tau, sebab hampir 1,000 tiket telah terjual dalam masa kurang daripada 3 jam sejak mula dijual.

Facebook: www.facebook.com/Hausboom
Instagram: www.instagram.com/Hausboom
Website: www.hausboom.com

#hausboom#hausboommusic #hausboommusicconcert#hausboommusicpresents#hausboommusic19#inilagiboom#lokallagiboom

Post a Comment

16 Comments

  1. Replies
    1. Tak jugak...akan ada 2 part, sbb ada solat break 2 kali...

      Delete
  2. roti bakar tu rasa mcm roti bakar kosong ke ada mentega hehehe

    ReplyDelete
  3. Tak pernah minum air ni lagi.. Nak beli tapi entah.. Hahaha.. Wah ade konsert.. Artis semua best2

    ReplyDelete
  4. Hausboom ni yg minuman tu kan.. Sedap tak ekk.. Teringin nak merasa tapi kat sini takde lagi. Wah ada konsert lagi tu

    ReplyDelete
  5. tak pernah nampak lagi housboom nih, kalau nampak nanti nak try juga

    ReplyDelete
  6. Xpernah ag merasa air ni.
    Syoknya siap ada konsert. Artis best2 pulak tu. Kalau dekat ni boleh pergi da.

    ReplyDelete
  7. Murahnya tiket dia. Berbaloi pergi ni. Retis semua top2 tu.

    ReplyDelete
  8. Tak pernah rasa air nie lagi. Menarik konsert nie.. tau kat anak bujang Kak Sue yang kecik tu harus nak pegi..

    ReplyDelete
  9. giler murah harga tiket tu...dah la top artist tuu...mmg tak masuk akal harga tu..tapi malang tak dapat join sbb ada event pulakk

    ReplyDelete
  10. Awak..kte dah berjaya hasut laki kte minum hausboom ni hahha sebagai langkah pertama nak bodek dia izinkan kte gi konsert ni wakakaka

    ReplyDelete
  11. x pernah try lagi air ni.. pernah nampak.. bl tgk cmni mcm nk try je beli jap lg

    ReplyDelete
  12. 1 artis kira 1 jam ye sally? Berbaloi-baloi dah ni

    ReplyDelete
  13. best artis-artis yang join tu.. harga tiket pun murah

    ReplyDelete
  14. pergh 7 jam hahaha.. gempak seh konsert sampai 7 jam..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!