Promosi Jimat Jumaat Marrybrown | Sally kan sebenarnya suka sangat dengan bubur ayam dekat Marrybrown tapi susah betul nak jumpa outlet yang berdekatan dengan rumah Sally. Kalau ada pun selalunya makan bila menghala pantai timur je, singgah makan dekat Bentong tu...tapi kebetulan Jumaat lepas event lepas Sally ke Citta Mall, nampak pulak Marrybrown, terus la masuk.
Masuk je dalam outlet, terpampang besar promosi Jimat Jumaat, 10 ketul ayam~
Memang cerita dia tak tunggu la kan terus je beratur dekat kaunter dan order set Jimat Jumaat. Set ini tidak disertakan dengan air tau tapi boleh je nak add on kan...Tapi korang jangan buang masa tau sebab promosi ini hanya valid untuk tarikh Jumaat (20/9, 27/9, 4/10, 11/10, 18/10, 25/10 dan 1/11 2019) sahaja.
Hah! ini la ayamnya, 10 ketul ayam (5 ketul ayam goreng dan 5 ketul nugget ayam) dengan harga hanya RM 21.10 (termasuk cukai)!
Harga tertakluk pada 6% Cukai Perkhidmatan dan sementara stok masih ada.
Korang boleh pilih sama ada nak ayam goreng yang spicy atau original, kalau Sally memang kena makan spicy la baru terangkat! Hah, lepas tu jangan gatal nak bungkus sebab promosi ini memang khas untuk makan di restoran sahaja...kan lagi senang dah tak payah nak basuh pinggan lagi lepas makan...hahahaha...Tawaran ini sah di semua cawangan Marrybrown kecuali di cawangan Marrybrown Genting Highlands, Sunway Lagoon dan semua lapangan terbang.
So, Jumaat ini kita nak jumpa di Marrybrown mana?
4 Comments
Kannn berbaloi2. Nmpk jugak ada blogger review tapi belum sempat lagi nak pegi. Dkt kawsan ain ada 2 cwangan yg berdektan. tu pun sbb mls keluar rumah hehe
ReplyDeleteBest makan dekat kerusi yang buaian tue
ReplyDeleteSally suka bubur Marrybrown ke suka buaian Marrybrown?! Jumaat depan nak pergi MB Citta Mall beli set ni. Jimat sangat!
ReplyDeleteMemang berbaloi bli time promosi jimat jumaat nie..5 ketul ayam besaq2..next friday nk bawak ank p makan marrybrown la..
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!