Korang peminat Dota 2, Free Fire, PUBG Mobile & Tekken 7? UniPin dan KK Mart ada tawaran ke Jakarta untuk kaki gamers!


Siapa yang tak kenal dengan KK Mart; sebuah syarikat peruncitan tempatan yang dibuka 24 jam sehari. Terbaru KK Mart telah bekerjasama dengan UniPin; yang terkenal sebagai Gerbang Pembayaran Permainan Terbesar Indonesia.



Malaysia telah dipilih sebagai negara ketiga dalam Pasaran Permainan Asia Tenggara selepas Indonesia dan Filipina. Menyambut seruan kerajaan dalam menyokong perkembangan sukan elektronik atau eSports di Malaysia dalam Bajet 2019 yang memperuntukkan RM10 juta untuk terus meningkatkan pertumbuhan industri eSport di Malaysia, kedua-dua empayar besar ini yakin jalinan kerjasama ini akan menguntungkan kedua-dua belah pihak dan pelanggan terutamanya. Sehingga ke hari ini, menurut sumber The Edge Markets 2018, industri ini bernilai AS$180.1 bilion dan diyakini akan terus berkembang pesat.

UniPin yang telah ditubuhkan sejak 9 tahun lepas telah berjaya menyelesaikan masalah pembayaran yang dihadapi oleh pemain Indonesia. Kini UniPin mampu melaksanakan pelbagai kaedah pembayaran termasuklah perbankan atas talian dan kad kredit, pembayaran mudah-alih dan pemindahan bank. Di Indonesia, pengguna boleh membeli baucer di kesemua 17,000 rangkaian IndoMaret.

UniPin juga sedang mengintai peluang untuk bekerjasama dengan negara lain seperti Myanmar, Vietnam, Kemboja dan Thailand.



Kerjasama ini turut menyaksikan pelancaran UniPin KK SUPER MART Cup 2019 (UKK Cup) di mana pemain permainan mudah-alih dari Malaysia akan memperlihatkan kemahiran dalam permainan.

UKK Cup akan dianjurkan di KK CONCEPT STORE terpilih bermula dari September hingga Oktober 2019. Kumpulan yang menjuarai kejohanan UKK Cup akan terpilih secara langsung untuk bertanding di Cyber ​​Arena Asia Tenggara (SEACA) 2019, salah satu kejohanan permainan terbesar di Asia Tenggara anjuran UniPin. Kejohanan ini bakal memperlihatkan komuniti pemain profesional berentap untuk memenangi sebahagian dari hadiah keseluruhan bernilai RM 600,000.

Dianjurkan untuk tahun kedua, kejuaraan akan diadakan di arena Balai Kartini, Jakarta Selatan dari 8 hingga 10 November 2019. Kejohanan ini juga bakal menyaksikan perlawanan sengit dalam permainan popular di rantau ini seperti Dota 2, Free Fire, PUBG Mobile, dan Tekken 7. Sebahagian daripada pelancaran ini, promosi sebanyak 10% kredit akan diberikan semasa pelanggan top-up Unipin e-wallet di mana-mana KK SUPER MART.





Pelancaran turut mengetengahkan Start.Play.UniPin,yang dihadiri oleh pemain terkenal seperti Bosskur, Geek Fam, dan RRQ Malaysia. Untuk maklumat lanjut berkenaan kejohanan tempatan, sila layari halaman Facebook KK SUPER MART di www.facebook.com/kksupermart dan untuk maklumat lanjut tentang SEACA, sila layari halamam SEACA di www.seaca.gg.

Post a Comment

1 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!