Tahun sebelum masihi memperlihatkan kawasan sekitar Lembah Bujang sebagai satu kawasan perdagangan utama apabila kawasan penempatan penduduk terletak di pinggir sungai. Sungai Muda atau lebih dikenali sebagai Kota Kuala Muda sekarang ini menjadi laluan pedagang berdagang barangan jualan malah mengutip hasil tanaman sebelum meneruskan pelayaran mereka.
Penduduk di Sungai Batu digemparkan dengan penemuan sebuah tempat ritual keagamaan masyarakat sebelum kedatangan agama di Tanah Melayu terutamanya di Semeling. Bermula dari penemuan tersebut, para pengkaji percaya wujudnya penempatan di kawasan Semeling ini.
Tapak arkeologi ini bermula apabila monumen ritual peninggalan sejarah dijumpai. Tapaknya berbentuk bulat yang melambangkan pada kurun tersebut, kepercayaan agama masih belum ada dan masyarakat pada zaman itu mengamalkan animisme iaitu penyembahan objek seperti bulan dan matahari. Di atas tapak bulat tersebut ada lagi satu tapak berbentuk segi empat. Tapak ini dipercayai dibina selepas kedatangan agama Budha ke kawasan ini.
Terdapat beberapa monumen lain seperti pelabuhan dimana ia dibina agak moden dan mengunjur ke arah sungai. Terdapat binaan seperti tiang dan serpihan atap genting dan ini menandakan masyarakat pada zaman itu semakin menerima pengaruh binaan luar.
Dibawah seliaan Jabatan Warisan Negara, pihak Universiti Sains Malaysia menjadikan tapak ini sebagai salah satu silibus wajib bagi para pelajar yang mengambil jurusan arkeologi dan pelajar perlu lulus silibus ini.
Proses tersebut akan diteruskan sehinggalah mereka menjumpai binaan monumen tersebut.
Tapak arkeologi Sungai Batu ini dibuka kepada pelawat luar dan dalam negara. Pelawat akan diberi penerangan mengenai tapak dan melakukan beberapa aktiviti yang telah disediakan seperti membuat bata dan melihat proses peleburan besi.
2. Muzium Arkeologi Lembah Bujang
Muzium ini dibina bertemakan arkeologi di mana barangan artifak yang dijumpai semasa proses eskavasi dipamerkan di sini.
Antara barangan yang dipamerkan ialah replika candi, pasu seramik, patung keagamaan dan lain-lain.
Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok, Kedah dibuka dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari.
3. Candi Bukit Batu Pahat
Candi yang juga mempunyai maksud tempat penyembahan keagamaan Hindu-Buddha ini dijumpai masih kukuh diatas Bukit Batu Pahat.
4. Galeri Tsunami, Kota Kuala Muda
Rata-rata kita mengetahui sejarah tapi sejauh mana itu yang susah nak ukur. Kalau tak sepanjang masa tempoh persekolahan, rasanya tidak ada yang ingin mendalami sejarah melainkan jika benar-benar mempunyai keinginan.
Mungkin kita boleh jadikan archaeotourism sebagai titik permulaan?
menarikk...kita suka aktiviti macam ni sis!!!!
ReplyDeleteLast ain pegi darjah 6 kak sally nak tau hahaha tgok perak man. Punya excited la masa tu. Skrg lalu nmpk signboard je tak pegi pun. memang teringin tpi nak ajak sapa hahaa
ReplyDeletemacm best ja ni
ReplyDelete