Vietnamese Cuisine Halal | Kali terakhir ke Vietnam, rasanya dah dekat 3 tahun dah. Honestly susah nak jumpa menu asli Vietnam dekat Malaysia ni, yang ada pun kadang tu non-halal, jadinya mmg tak dapat la nak fix craving kepada makanan asli Vietnam.
Fresh Summer Roll with Prawn & Fresh Herbs (RM8.90)
Crispy Spring Roll (RM6.90)
Kebetulan masa dekat MyTown, terjumpa Pho Street. Lokasinya yang berdekatan dengan panggung wayang tu mmg tak disangkal sangat strategik, Sally yang menanti nak tengok wayang pun boleh singgah makan dulu...hehehe
As starter, Sally rasa Fresh Summer Roll with Prawn 🍤, atau orang kita panggil Vietnamese Spring Roll. Sally pun pernah cuba buat sendiri, tapi selalu skip bahagian daun ketumbar...hahaha...tapi yang ini memang asli punya, takde tinggal satu pun ingredient; segar dan sedap!
Sally juga cuba Crispy Spring Roll, rasa ayam dia takkedekut dan crunchy. Recommended!
Pho Beef Combination (RM19.90)
Vietnamese pho mmg favourite Sally sbb Sally mmg a major fans of beef. Pertama kali cuba pho (beef combination) dekat Pho Street. Sebelum ni pernah makan pho dekat Ho Chi Minh, tapi dah lama sangat, bila dapat makan pho lagi dekat sini mmg bersyukur gila!
Istimewanya pho beef combination ni sbb ada beef meatballs (homemade by Vietnamese chef), beef slices, beef shank, beef tendons & beef tripe. Bayangkan 5 jenis bahan yang mengeluarkan rasa manis daging disatukan dalam kuah yang direneh lama, kalau tak silap Sally almost 8 jam. Portion pun sangat besar dan kalau makan semangkuk tu mmg kenyang sangat!
Roasted Lemongrass Chicken with Fragrant Rice (RM15.90)
Ibu makan Roasted Lemongrass Chicken with Fragrant Rice, ayam dia mmg juicy walaupun di panggang, rasa serai dalam kuah memang sangat kuat tp tak keterlaluan. Pada Sally, rasa dan bau serai tu membuatkan rasa tenang dan nak makan lagi dan lagi, papaya salad tu pun sedap...kena dengan kombinasi nasi dan ayam.
Sweet Corn Dessert with Coconut Cream (RM7.90)
Sally memang peminat jagung, lepas tu ternampak ada pencuci mulut Sweet Corn 🌽 Dessert with Coconut Cream, sepantas kilat Sally order...hahahaha...kombinasi jagung manis yang berkrim dengan santan mmg terbaik, kalau dia etak garam sikit dalam santan tu mesti lebih lemak berkrim.
Vietnamese Coffee (Hot RM6.90, Cold RM7.90)
Passionfruit & Basil Mojito (RM7.90)
Kalau dah makan makanan Vietnam, tak sah dan tak lengkap la kalau tak cuba Kopi Vietnam, korang mesti tau betapa famous & sedap kopi Vietnam kalau pernah ke sana. Sally ambil yang sejuk, baru la terasa nikmatnya.
By the way, kalau korang craving nak makan menu asli Vietnam, boleh la check it out dekat Pho Street, ada pelbagai jenis menu yang lain. Ada 6 outlet di Cyberjaya, Cheras dan Putrajaya. Untuk maklumat lanjut boleh ke laman Facebook rasmi Pho Street Malaysia (facebook.com/phostreetMY/)
2 Comments
yumss
ReplyDeleteya ampun, menggoda sungguh nampak. haha
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!