Makanan Korea di Myeongdong Topokki.




#KakakKimchi bersiaran lagiiii...kali ni macam biasa la Sally nak kongsikan dengan korang port makan makanan Korea. Actually Myeongdong Topokki ni bukannya baru dalam Malaysia, cuma kali ini Sally nak kongsikan beberapa menu yang boleh korang cuba...



Sekarang ni kan tengah demam Ayam Goreng Korea, jadinya ayam goreng merupakan antara specialty yang ada di Myeongdong Topokki. Kat sini ada yang biasa punya dan ada juga yang fusion. Yang penuh cheese tu Cheese Bulgogi Fries, boleh pilih sama ada Bulgogi tu nak Beef atau Chicken.

Yang lagi dua tu Yangnyeom Chicken dan Ganjang Chicken, yang merah tu Yangnyeom...pedas sebab menggunakan sos Gochujang dan yang Ganjang tu Soy Garlic. Overall suka sebab well seasoning dan ayam dia rangup, real defination of Ayam Goreng Korea!



Kimchi Jjigae

Sally suka cuma Sally rasa terlalu banyak Kimchi, so instead of flavorful jadi rasa masam je. Mungkin itu pada tekak Sally la...overall sesuai untuk yang suka makan pedas masam, boleh pilih sama ada nak ayam atau daging sebagai bahan tambahan.



Dakgalbi Chicken Deopbap

Dak itu sendiri dalam Hangul membawa maksud ayam, Sally rasa suka dengan rasa pedas ayam ni...Actually mungkin ada yang kata menu ni hampir sama dengan tteokbokki, cuma versi kering. Overall bahan-bahan dalam tu agak sama laa...ada ayam dan sayuran cuma yang membezakan Dakgalbi kita marinate dengan bahan lain selain Gochujang, ada halia dan lain-lain.



Jjajangmyeon

Peminat drama Korea khususnya kalau tak tau pasal jjajangmyeon memang pelik. Sebenarnya jjajangmyeon ni antara menu Chinese-Korean yang paling famous dekat Korea. Nak mendapatkan rasa jjajangmyeon yang sedap kena ada sos chunjang.

Sayangnya dekat sini, mereka gunakan ramen bukan mee biasa. So, I will not recommend this la...tapi ok je kalau korang peminat ramen, cuma expectation Sally bila jjajangmyeon kena guna mee.

Sekadar selingan,14th April setiap tahun ialah "Black Day" di Korea...bukan la hari yang sedih cuma dekat Korea hari ini merupakan hari "Single Day"...so, 14th April untuk mereka yang single atau ditolak cintanya masa Valentine...Kalau nampak orang makan jjajangmyeon masa 14th April tu, dia single la tuu...hahahaha



Myeongdong Topokki

Ini lagi satu street food yang wajib korang cuba kalau nak cuba makanan Korea. Di Myeongdong Topokki dorang hidangkan tteokbokki dengan gimbap sekali. Kalau Sally makan ni pun dah kenyang gila...Sally suka gravy kepada tteokbokki kat sini, pedas, manis, masin dia semua cukup. Yang ni recommended la kalau ikut deria rasa #KakakKimchi korang...hehehe



Hangul Chicken Ramyun

Yang ini istimewanya sebab ada kepingan ayam goreng dalam ramyun ni. Flavourful, satisfying dan mengenyangkan.



Bulgogi Beef Deopbap

Well marinated! Sally suka rasa daging bulgogi dia...tidak terlalu manis dan sangat kena dengan tekak Sally laa...Kenapa Sally tekankan bahagian manis sebab resipi bulgogi asli biasany ada tambahan hirisan buah Pear untuk dapatkan rasa, tapi ada sesetengah restoran dekat Kuala Lumpur ni selalu tukarkan dengan gula atau syrup tapi yang ini overall, recommended!



Dolsot Bibimbap

Walaupun gochujang dia tak fancy sangat tapi bila dah campur semua, this is heaven tau...bayangkan la penuh sayur-sayuran, ada daging cincang lepas tu sos gochujang yang sedap tuuu....bertambah la happy, cuma Sally harap ban-chan tu akan ada kepelbagaian sikit dan kuantiti dan kualiti dijaga.

I'm a big fan of Korean foods, jadinya Sally review lebih kepada pilihan tekak Sally. Lain orang lain rasa kan?

Laman web: myeongdongtopokki.com
Facebook: www.facebook.com/myeongdongtopokki
Instagram: @myeongdongtopokki

Post a Comment

17 Comments

  1. Wahhh....LeYa belum sampai lagi ke Myeongdong Topokki ni... Menarik makanan-makanan yang dipamerkan... Nak kena terjah ni dengan Mr. Otomen Taro

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaa..rindu makanan korea ..besarnya toekk-bokki dia..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya.. Walau tak pernah rasa kesemua mknn korea

    ReplyDelete
  4. This is one of my favorite Korean outlets too

    ReplyDelete
  5. Aritu g kuantan lalu kedai ni teringin nk cuba tp tak taw nk cuba menu mana. Bila da baca entri ni nmpk mnyelerakan btul ape yg sally order. Nyum2

    ReplyDelete
  6. Dalam banyak2 tu, fav kak ana mestilah myeondong topokki. Siap ada gimbap lagi. Sedapnya.

    ReplyDelete
  7. amboi sedapnya nampak semua makanan tu.. T__T

    ReplyDelete
  8. Macam menarik semua makanan kat sini, nanti ada rezeki nak cuba juga lah..

    ReplyDelete
  9. Aaaaaa nak kena try jugak nii

    ReplyDelete
  10. ala lama tak makan makana korea..tengok je dh tau sedp ni..hahaa..nnti ada masa boleh ke sini

    ReplyDelete
  11. Ish budak kecik ni memang tak boleh beepisah langsung dengan makanan korea ye

    ReplyDelete
  12. Aduii terliur kite tgok maknan korean nie..nampk sedap menu tue..nk kena cuba la..ade sesiapa nk blnja nad x?kite mkn sama2..

    ReplyDelete
  13. Nak try juga ada cawangan dekat klang atau Shah alam tak?

    ReplyDelete
  14. lama gila ray x pegi myeongdong topokki. sedapnyaaaaa

    ReplyDelete
  15. Antara kedai korean kegemaran akak ni...suka sangat makan sini

    ReplyDelete
  16. One of the many korean restaurant yang tak pernah try lagi sebab selalu pegi yang mana tekak dah biasa makan. Maybe we will give it a try nanti sebab, Alhamdulillah my siblings tak pernah condemn lagi makanan korea ni so boleh lah nak angkut semua cuba ramai2.

    ReplyDelete
  17. saya pernah makan bibimbap dia, not badla tpi bagi saya portion dia macam kecikkkk hahaha!
    pastu makan dia punya spicy chicken tu pehh pedas gila

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!