PESTA FUTSAL RAKYAT 2019 - PIALA TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD 2019



Pesta Futsal Rakyat 2019 – Piala Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menjadi sebuah fenomena terbaru Malaysia dengan sasaran merevolusikan penganjuran melalui pelaksanaan secara digital.

Melalui penganjuran oleh Futsal.Asia, jelajah Piala ke setiap zon di seluruh Semenanjung Malaysia – Pahang, Kedah, Selangor dan Johor – yang dipertandingkan menerusi tiga kategori utama; Bawah 12 Tahun, Bawah 16 Tahun dan Kategori Terbuka Lelaki manakala Kategori Terbuka Wanita akan dipertandingkan di “Grand Final”.

Dengan tawaran hadiah dan wang tunai melebihi RM200,000 untuk dimenangi, dianggarkan lebih 10,000 orang peserta dijangka hadir. Pertandingan yang berlangsung sepanjang dua bulan itu mendapat sokongan padu daripada Kementerian Belia dan Sukan dan MYE.G. Services Berhad (MYEG) selaku penaja utama.

Acara sukan seperti ini merupakan cara terbaik mempromosikan sukan seperti futsal dan dalam masa yang sama memberi ruang kepada bakat-bakat baru menonjolkan potensi mereka. Pesta ini akan melibatkan beberapa siri aktiviti dan pertandingan yang berakhir di acara kemuncak Grand Final bertempat di Uptown Sports, Bangi pada 31 Ogos dan 1 September 2019 bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-62.



Selain penganjuran kejohanan futsal sebagai acara utama, Pesta Futsal Rakyat 2019 akan
menganjurkan Kejohanan MY E-Games dan juga Kejohanan Panna. Untuk meningkatkan lagi pengalaman menarik di pesta, kejohanan ini akan memperkenalkan proses pendaftaran berasaskan aplikasi sepenuhnya melalui aplikasi mudah alih “Tournamentor” Futsal.Asia, memberikan kemaskini secara langsung kepada peserta mengenai keputusan pertandingan dan kedudukan semasa pasukan.

Setiap pasukan akan diberikan kod QR dan setiap pemain akan dibekalkan gelang tangan RFID
yang mempunyai maklumat profil pemain yang lengkap, mengesan kehadiran dan pergerakan
pemain keluar masuk pemain di setiap gelanggang dan juga turut digunakan untuk peserta
menebus barangan melalui pembaca kod.



Pesta Futsal Rakyat 2019 – Piala Tun Dr Mahathir Mohamad dianjurkan oleh Futsal.Asia bersama penaja rasmi MYE.G. Services Berhad dan hurr.tv sebagai rakan media rasmi. Acara ini turut disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Pesta Futsal Rakyat 2019 - Piala Tun Dr Mahathir Mohamad turut ditaja oleh Ekovest Berhad,
Berjaya Corporation Bhd, Conquest, aL-ikhsaN Sports, 100PLUS, Ice Mountain, dengan kerjasama bersama Malaysian Football Freestylers & Gamesbond dan Picasso Media Sdn. Bhd. sebagai agensi media rasmi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pesta Futsal Rakyat 2019 - Piala Tun Dr. Mahathir Mohamad
2019, sila layari www.pestafutsalrakyat.com

Post a Comment

0 Comments