2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] in KUALA LUMPUR



Cha Eun-Woo?
Haaa...kalau korang rasa macam tak pernah dengar nama dia atau tak berapa kenal; Cha Eun-Woo merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan ASTRO yang bernaung di bawah syarikat pengurusan Fantagio Music Entertainment. Beliau memulakan karier sebagai ahli kumpulan ASTRO pada tahun 2016 dan bergiat aktif menerusi pelbagai bidang termasuk pengacaraan, duta produk dan banyak lagi.

Siapa pernah tengok drama "My ID is Gangnam Beauty"?
Hah! Cha Eun-Woo la yang jadi watak utama tu dan disebabkan itu juga beliau telah memenangi Anugerah Pelakon Rookie dan Anugerah Bintang Hallyu pada Anugerah Drama Korea ke-11. Terbaru ini beliau membintangi sebuah drama bertajuk ‘Rookie Historian Goo Hae-ryung’.

Buat pertama kalinya, Cha Eun-Woo bakal berkunjung ke Malaysia sempena 2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In KUALA LUMPUR. Sesi bertemu peminat Cha Eun-Woo yang bakal dianjurkan pada 27 Oktober 2019 di Dewan Wawasan, Menara PGRM, jam 6 petang itu adalah kesinambungan dari pelan Crazy 20 MacpiePro (anak syarikat Macpie Berhad).


Tiket konsert dijual pada harga RM673 (Zon AROHA), RM543 (Zon Merah), RM453 (Zon Kuning),
RM363 (Zon Ungu) dan RM243 (Zon Hijau).

AROHA berpeluang mendapatkan poster autograf Cha Eun-Woo dengan pembelian tiket 2019 CHA
EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In KUALA LUMPUR di booth MacpiePro pada 3 & 4 Ogos 2019 dan hanya 60 orang sahaja akan dipilih menerusi cabutan bertuah!
Jangan lepaskan peluang mendaftar MMspot pada hari pra-jualan tiket untuk menebus 4 x EVP60 (ebaucar MacpiePro bernilai RM60) dan boleh digunakan serta-merta.

Jadual Pembelian Tiket:
(Pra-Jualan)
Tarikh: 3 – 4 Ogos 2019
Masa: 11am – 7pm
Lokasi: Booth MacpiePro, Ekspo MMspot Experimental, Dewan 3, Pusat Pameran Mid Valley

(HITS Plan)
Tarikh: 3 – 4 Ogos 2019
Masa: 11am – 7pm
Lokasi: Booth Mcalls, Ekspo MMspot Experimental, Dewan 3, Pusat Pameran Mid Valley dan kedai gaya hidup digital Mcalls

(Jualan Tiket Online)
Tarikh: 5 Ogos 2019
Masa: 12pm
Laman web: www.macpieticketing.com & aplikasi MMspot

Mcalls Penaja Titanium 2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In KUALA LUMPUR

Demi merealisasikan misi korporat “STRESS-FREE MUSIC”, MacpiePro telah bekerjasama dengan
Mcalls untuk memperkenalkan “HITS” kepada penggemar muzik. Menerusi kolaborasi strategik ini, peminat muzik berpeluang menikmati diskaun sehingga 30% daripada harga asal tiket apabila mereka melanggan salah satu daripada tiga pelan tahunan pascabayar “HITS Plan”.

Pelan prabayar ini disertakan dengan tawaran HITS yang membolehkan Fans menebus tiket 2019
CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In KUALA LUMPUR dengan tawaran hebat. HITS Plan memberi kelebihan kepada Fans untuk membeli 4 tiket 2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In KUALA LUMPUR dengan harga diskaun tetapi bersyarat. Fans boleh membeli tiket pertama dengan 30% diskaun dan tiga lagi tiket tambahan sebanyak 10% diskaun (Zon Merah RM543 sahaja) dengan jaminan kemasukan.

Manakala Mcalls Fans boleh menaik taraf kepada HITS Plan dan menikmati tawaran hebat HITS.
HITS Plan boleh didapati di semua kedai gaya hidup digital Mcalls dan Ekspo MMspot Experimental, Dewan 3 di Pusat Pameran Mid Valley. Untuk maklumat lanjut mengenai cara mendaftar Mcalls HITS Plan, sila layari mcalls.asia atau hubungi talian khidmat pelanggan Mcalls di 03-277882233 (Isnin - Jumaat dari jam 9 pagi hingga 6 petang).

Sila layari laman web atau media sosial rasmi MacpiePro untuk maklumat lanjut.
Laman web : www.macpiepro.com
Facebook : www.facebook.com/MacpiePro
Instagram : www.instagram.com/macpiepro

Post a Comment

0 Comments