Bukan tak pernah cari gim yang berkonsepkan muslimah, tapi biasanya agak jauh daripada kawasan Sally, jadinya kalau nak pergi dengan kerap agak bermasalah jugak laa...Again, ini bukan alasan...hahahaha
FitHub by Women In Motion; kalau yang dah biasa bersenam atau mengikuti gaya hidup sihat, Sally yakin korang mesti pernah dengar. Mereka ini bermula di Teluk Intan dan Kuala Kangsar, tapi sebab ada permintaan yang tinggi di Kuala Lumpur, akhirnya mereka membuka satu cawangan di Sri Hartamas, the first ever all-female fitness centre in Sri Hartamas!
Selain daripada mengajar dan memberikan latihan mengikut ketahanan badan, mereka juga akan memberikan nasihat daripada segi pemakanan dan pengambilan makanan tambahan (supplement). Pendek kata, ini cara paling bijak untuk menguruskan badan dan kekal sihat dan cergas.
Dekat sini juga ada loker, tandas, surau yang boleh digunakan...takde la segan nak keluar dengan pakaian sukan sebab sebelum balik boleh tukar dulu...hehehe
Macam mana nak tau tarikh untuk kelas?
Macam biasa mereka akan update di akaun sosial media mereka tapi semua ahli kena download aplikasi FitHub Malaysia, sebab semua aktiviti, tarikh dan masa untuk kelas sehingga la pendaftaran untuk kelas dan bayaran di buat menggunakan aplikasi...kat sini tak boleh redah je tau, semua kena daftar di aplikasi dan kalau dan buat tempahan baru boleh guna atau join kelas.

D-0-1 & D-1-1, Plaza Damas, No.60
Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur
Tel : +603 62111128
Tel : +603 62111127
Facebook: FitHub - Women In Motion Sri Hartamas
Instagram: fithubbywim
Wahh dah ada fitness studio yang women friendly, tak ada alasan lagi dah tak nak exercise lepas ni.
ReplyDeletewow! women friendly lah, boleh masuk listing nak terjah ni
ReplyDeletejemput singgah : www.cikza.com
Kalau dekat dengan rumah, memang teringin nak sign up sebab senang. Semua perempuan. Tapi, apakah daya. Saya orang kampung je. Jauh sangat dari gym nya TT
ReplyDelete