Kalau cakap pasal penjagaan diri, selalu orang kaitkan dengan perempuan, tapi pada Sally kalau nak cakap pasal cerewetnya nak memilih haruman, rasanya lelaki lebih teliti dan agak cerewet. Perempuan, kalau kena guna banyak produk pun tak apa, sebab "rajin" kalau bercakap pasal kecantikkan tapi kalau lelaki mustahil la kot dan disebabkan itu jugak la penggunaan minyak wangi badan dan deodoran sudah menjadi satu kemestian buat lelaki yang mementingkan kesegaran dan menghindar bau badan.
Arwah papa Sally antara yang suka sangat dengan perfume, kalau keluar tak sembur perfume memang tak sah, tapi kalau dah lelaki...kalau ada wangian 2 dalam 1, kan lebih baik...Lelaki kalau pantas, mudah, tu memang selari.
Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki; DASHING memahami keperluan lelaki dan memberikan penyelesaian muktamad, dengan melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING, satu produk yang menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam SATU botol!
Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin tahan lama dan dirumus dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan.
Semburan deodoran biasa selalunya hanya mampu bertahan dalam 2 ke 3 minggu, manakala DASHING DEO + PERFUME boleh meyembur sehingga 880 semburan, oleh itu tahan sehingga 146 hari! Ini bermakna satu botol mampu bertahan sehingga 5 BULAN!
Formulanya adalah 100% deodoran. Ia amat menjimatkan dan dapat bertahan lama dan didatangkan dalam pek bersaiz 120ml. Dengan reka bentuk ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk di bawa kemana sahaja.
Variasi yang terdapat dalam rangkaian DASHING DEO + PERFUME BODY SRAY:
· HATTRICK
Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga calitan amber.
· ULTIMATE KICK
Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.
· SPEED
Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.
· HITMAN
Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan Pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood
Kalau abang Sally memang suka haruman Speed daripada dulu, bila Sally bagi yang ni kat dia memang seronok la...belum bagi lagi dah seronok melebih...Overall Sally suka sangat dengan bau Dashing walaupun ianya haruman lelaki sebab haruman mereka tidak terlalu menyengat hidung tapi tahan lama dan segar je bila digunakan.
Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian dengan harga runcit RM12.20 sahaja. Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING sila layari laman Facebook DASHING di www.facebook.com/Dashing.MY/ dan Instagram www.instagram.com/dashing_my/.
8 Comments
Terbaik... Memang best deoderant ni
ReplyDeleteSuka sangat dengan semua semburan dashing ni.. wangi!
ReplyDeleteWah baru dari Dashing ya.. anak teruna Kak Sue mesti suka nie..
ReplyDeleteDashing memang jenama yang dipercayai dsri dulu lagi. Memnag wangi kan
ReplyDeleteDashing ni husband akk x suka pakai..
ReplyDeletedlu ex bf akk suka gler pakai dashing ni...
even akk pun suka juga bau dia..kekeke
asben akk pun layan dashing ni, wangi dia kata produk dashing sekarang
ReplyDeleteBagus brand ni, banyak pilihan ikut citarasa masing masing and also the price pun berpatutan.
ReplyDeleteWow dashing dah ada yang baru. Suka sangat dengan haruman dashing ni, bau haruman maskulin hehe
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!