Kempen Ramadan PPZ-MAIWP 1440H (2019) - "IBADAH ZAKAT PELENGKAP RAMADAN"



"IBADAH ZAKAT PELENGKAP RAMADAN" - SIDANG MEDIA KHAS RAMADAN PPZ-MAIWP 1440H (2019)

Selari dengan tagline, PPZ-MAIWP akan memudahkan pengurusan menunaikan zakat untuk Ramadan kali ini. Jangan lupa tunaikan Zakat Harta dan Zakat Fitrah ya!

Jenis-Jenis Zakat Harta:

↪ Zakat Pendapatan
↪ Zakat Perniagaan
↪ Zakat Simpanan
↪ Zakat Emas
↪ Zakat KWSP/EPF
↪ Zakat Saham
↪ Qadha Zakat

Selain daripada pembayaran Zakat Harta dan Zakat Fitrah, PPZ-MAIWP juga turut berkongsi mengenai kemudahan serta perkhidmatan disamping keistimewaan dan kelebihan untuk pembayar zakat yang membayar zakat di PPZ-MAIWP.

PERKHIDMATAN DI PPZ-MAIWP
i) 10 KAUNTER ZAKAT MAIWP
↪ Dibuka setiap hari (termasuk cuti umum) dari 8.15 pagi hingga 4.30 petang.
↪ 7 kaunter di Kuala Lumpur, 2 di Putrajaya dan 1 di Labuan.
↪ Bayaran boleh dibuat menggunakan tunai, cek, kad debit dan kad kredit perbankan Islam
↪ Di kaunter boleh membuat transaksi menaksir dan mengira zakat, membayar zakat termasuk zakat fitrah, mendapatkan salinan resit untuk cukai taksiran, menyemak rekod zakat terdahulu dan mendapatkan borang kebenaran potongan gaji untuk zakat.

ii) BAYARAN ZAKAT SECARA ONLINE DI PORTAL PPZ-MAIWP
Portal PPZ-MAIWP juga menerima pembayaran zakat secara online menerusi PFX di www.zakat.com.my

iii) BAYARAN DI KAUNTER ZAKAT BERGERAK (KZB) PPZ-MAIWP
↪ Kemudahan disediakan sama seperti kemudahan bayaran di kaunter
↪ Terdapat 4 buah van kaunter setakat ini
↪ Lokasi akan di senaraikan di Facebook rasmi dan juga di laman sesawang, atau boleh buat panggilan ke PPZ-MAIWP untuk mengetahui lokasi
↪ Kaunter juga boleh berada dikawasan premis atau syarikat jika ada permintaan, hubungi Pusat Panggilan PPZ-MAIWP di 1-300-88-5757


KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN MEMBAYAR ZAKAT DENGAN PPZ-MAIWP

1. CENDERAHATI KHAS SEMPENA RAMADAN (Bayaran di kaunter/kaunter bergerak)
➤ Sampul raya (bermula 1 Ramadan)
➤ Kit Ramadan dan Syawal
➤ Produk Asnaf - Serunding (bermula 3 Ramadan)

2. BAYARAN MENERUSI PORTAL akan menerima cenderahati khas untuk 1,000 orang yang mengulangi bayaran mereka tahun ini. Maksudnya yang pernah membayar zakat di portal dan tahun ini masih menggunakan portal juga sebagai pilihan.

3. SKIM KAFALAH MUZAKKI (Skim Khairat Kematian)
Semua pembayar zakat di PPZ-MAIWP akan dilindungi dengan skim ini. PPZ-MAIWP akan menyumbang RM3,000 kepada waris pembayar sekiranya pembayar meninggal dunia. Jumlah mimimun yang melayakkan mereka tergolong dalam skim ini ialah RM50 setahun.

4. SLOT SANTAI DI FACEBOOK PPZ-MAIWP
Akan bersiaran setiap Jumaat di dalam bulan Ramadan selama 30 minit yang akan membicarakan tentang kutipan dan agihan zakat, dan pengisian yang berguna bersama ustaz-ustaz terpilih. Jangan lupa ke laman Facebook rasmi PPZ-MAIWP setiap Jumaat.


PENJENAMAAN SEMULA SKIM THOHIR

SKIM THOHIR (Skim Potongan Gaji Zakat) kini dikenali sebagai SKIM POTONGAN ZAKAT BULANAN. Penjenamaan semula ini kerana ramai yang masih keliru tentang "Thohir" yang sering diperkatakan, jadinya pihak PPZ-MAIWP mengambil jalan untuk menukar dan merasmikan logo terbaru SKIM PZB.

Untuk makluman korang, SKIM PZB ini sudah memasuki 8 tahun dan fokus mereka supaya skim ini akan lebih dekat dan releven kepada pembayar zakat.

Untuk maklumat lanjut korang boleh menghubungi Talian Zakat di 1-300-88-5757, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan = www.zakat.com.my dan Facebook PPZ-MAIWP = www.facebook.com/myzakat

Firman Allah SWT
" Dan dirikanlah kamu akan solat dan tunaikanlah zakat "
Al-Baqarah, ayat 43

Post a Comment

13 Comments

  1. Kempen ni mmg bagus dibuat.. Pastu skg lagi mudah bila ada online payment

    ReplyDelete
  2. They really embrace the true meaning behind Ramadhan

    ReplyDelete
  3. kalau ada lagi yang kata tak sempat nak bayar zakat..mmg nak kena sumbat dalam tanah haha..semua skrg di hujung jari je kan

    ReplyDelete
  4. Sekarang dah mudah dalam menjalankan tanggungjawab membayar zakat kan.
    No reason tak sempat ke apa.

    ReplyDelete
  5. Mudah nk bayar zakat skrg. Online boleh, kad kredit boleh, cash apa lah lagi.

    ReplyDelete
  6. skrg zakat mudah dah. dlu jenuh nak cari orang nk buat zakat

    ReplyDelete
  7. Wah siap ade cenderahati ye. Bagus bagus. Sekarang ni mudah sangat nak bayar zaka . Secara online pun dha boleh kan

    ReplyDelete
  8. Wah banyak benda yang mereka buat sekrg ya.. Senang ade info pasl zakat ni..

    ReplyDelete
  9. bagus sgt kempen ni.. Lagi menarik bila blh buat byran secara online..

    ReplyDelete
  10. Skrg mudah nk bayar zakat kan... Online pun boleh.. Lagi2 mcm zakat pendapatan...

    ReplyDelete
  11. Thanks for sharing this, now i understand more about zakat.

    ReplyDelete
  12. Zakat sekarang dah mudah. Takde lagi alasan tak nak bayar..

    ReplyDelete
  13. kena bayar zakat cepat ni takut terlupa

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!