Citarasa Malaysia di Kontiki Restaurant, The Federal Kuala Lumpur.



Bufet Ramadan 2019 | Seperti tahun-tahun lepas, Sally mmg tak pernah lepaskan peluang untuk ke The Federal Kuala Lumpur untuk berbuka puasa. Selain daripada menu dia yang pelbagai, kawasan dia yang luas dan selesa menghadap swimming pool tu buat rasa tenang je!



Kontiki Restaurant menyediakan lebih dari 100 jenis hidangan yang terdiri daripada masakan kampung dan tradisional serta fusion. Daripada segala jenis kerabu, sampai la sate, Nasi Kerabu, pulut kuning, goreng-gorengan, Mee Udang dan macam-macam lagi.







Yang paling best, sebab ada lebih 12 jenis kerabu antaranya Kerabu Mangga Muda, Kerabu Kacang Botol, Kerabu Sotong, Kerabu Jantung Pisang, Kerabu Kaki Ayam dan Kerabu Perut. Sampai pening kepala nak pilih yang mana sesuai dengan selera.





Nasi Kerabu



Nasi Bukhari



Lok-Lok



Di bahagian BBQ (Deepfried), korang boleh cuba pelbagai jenis gorengan. Semuanya mewah dan segar sangat. Ada pelbagai jenis makanan laut yang boleh kita cuba, ada udang harimau, udang air tawar, ketam, kupang, sotong, ikan kembung, ikan pari dan banyak lagi.

Bukan makanan laut je tau, ada kepak ayam goreng, sate ayam dan daging, sosej, tauhu bakar, otak-otak, keropok lekor, dan yang paling Sally minat sebab ada keledek, keladi dan pisang goreng. Meriahnya menu gorengan dia semua!



Four Treasure with Crabmeat



Masakan melayu pula terdiri daripada Pucuk Manis Gulai Keledek, Ikan Goreng Serai, Kari Ayam, Daging Kicap dan Kacang Pis, dan Sambal Udang Petai dan Ayam.

Mereka turut menghidangkan hidangan dari dapur tunku dan ia merupakan hidangan yang menjadi kegemaran Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Y.A.B Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

'Favourite Dishes from the Tunku's Kitchen' merupakan buku masakan 168 halaman yang mengandungi lebih daripada 70 resipi peribadi yang telah dikumpulkan hasil kolaborasi anak perempuan Tunku, YTM Tunku Datin Paduka Khadijah dan anak saudaranya, YTM Dato' Mukminah Jiwa. Kebanyakkan makanan yang disediakan di Kontiki Restaurant ini adalah adaptasi dari hidangan kegemaran Allahyarham Y.A.B Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj.



100 jenis juadah, memang Sally yakin mesti ada yang sesuai dengan selera semua orang. Jangan lupa ke Kontiki Restaurant, The Federal Kuala Lumpur untuk merasai sendiri kepelbagaian menu yang mereka sediakan!

The Federal Hotel Kuala Lumpur menawarkan harga buffet Citarasa Malaysia di Restoran Kontiki pada harga RM148 nett/dewasa, RM48 nett/kanak-kanak, RM74 nett/warga emas. Promosi ini bermula dari 10 Mei 2019 - 4 Jun 2019.





Sempena bulan Ramadan, seperti kebiasaan, pihak Federal Hotel International (FHI) dan FHI Group Hotel iaitu Hotel Federal KL dan Hotel Capitol KL, turut meraikan kanak-kanak dari Rumah Jagaan Kasih Murni (dulu dikenali sebagai Rumah Kasih Harmoni) berbuka puasa di Restoran Kontiki.

Fokus mereka untuk berkongsi kegembiraan menyambut Ramadan dan Syawal yang akan datang. Anak-anak ini diberikan duit raya dan sedikit sumbangan yang diharapkan dapat memberikan kegembiraan kepada mereka semua. Tahniah Federal Hotel International (FHI) dan FHI Group Hotel!





Untuk tempahan boleh hubungi :
The Federal Hotel Kuala Lumpur
KONTIKI Restaurant

No 35, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-2148 9166
Email : fnb@federal.com.my
Website : www.fhihotels.com/federal
Facebook : www.facebook.com/TheFederalKL | www.facebook.com/kontiki.federalkl
Instagram : www.instagram.com/kontiki.federalkl

Post a Comment

12 Comments

  1. sedap2 menu dia. bebraloi la dengan hrga tu

    ReplyDelete
  2. Banyak tempat mkn best2 ya kat kl ni.. Dah setahun lebih tak datang kl
    .. Klu turun sally kena bawak zaza lah nanti hehe

    ReplyDelete
  3. Kalau ank akk nampak buah-buahan tempatan tu, mau tak nak makan lain..fav dorang buah-buahan tempatan

    ReplyDelete
  4. alahai sedap2 menu dia.. lapar laa

    ReplyDelete
  5. Wah sedapnye... teruja nak cuba Lok-Lok tu hah macam yong tau fu ker rasanya. Tak pernah makan.. kat Buffet Ramadan lain tak pernah nampak. Bestlah buffet ni!

    ReplyDelete
  6. Wah menu2 kegemaran bapa kemerdekaan kita rupanya.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya pilihan buffet kat sini.. tahniah juga adakan program macam nie.. rezeki sama dikongsi..

    ReplyDelete
  8. Banyaknya menu, taktau nak makan mana satu kalau macam ni. Nampak sedap semua

    ReplyDelete
  9. Byknyeeeeeeee pilihan.. Seronok dpt berbuka kat sini..

    ReplyDelete
  10. Sally!! Nasi kerabu tu...nasi kerabu tu....craving okayy

    ReplyDelete
  11. I like their dim sum also, their ramadan buffet spread looks very delicious too.

    ReplyDelete
  12. Kat KL meriah dengan buffet ramadan. Bestnya la hai. Pilih je nak pergi mana kan..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!