Boyzone Thank You and Goodnight The Farewell Tour 2019 Live in Malaysia


Kalau korang perasan, tahun ini adalah tahun artis-artis zaman 90-an buat comeback...Untuk Sally yang membesar dengan lagu mereka ni mmg terasa rindu la kan...Daripada Blue, Backstreet Boys, Westlife dan kini Boyzone...tapi sedihnya sebab konsert Boyzone kali ini merupakan konsert terakhir mereka kerana selepas konsert ini mereka akan bersara selamanya.

Boyzone yang mula menjadi terkenal pada tahun 1995 dengan lagu Love Me for a Reason; terdiri daripada 4 orang ahli iaitu Ronan Keating, 40, Shane Lynch, 41, Keith Duffy, 42, dan Mikey Graham, 45. Ahli kelima mereka; Steven Gately telah meninggal dunia.

Boyzone telah mengeluarkan lima album yang pernah menjuarai carta, menjual lebih daripada 20 juta album dan boleh berbangga dengan 21 lagu yang pernah mendapat tempat teratas di carta British Pop Charts seperti Love Me for A Reason, No Matter What, All That I Need dan banyak lagi. Boyzone pernah mengadakan persembahan di Kuala Lumpur buat pertama kali pada Ogos 2018 untuk meraikan ulang tahun mereka yang ke-25.

Thank You & Goodnight merupakan album studio ketujuh dan terakhir mereka yang telah dilancarkan pada bulan November 2018. Dream; single promosi untuk album ini telah direkod semula dengan yang memaparkan penambahan vokal mereka kepada versi Gately yang sebelum ini telah merekod versi solo lagu ini sebagai b-side kepada single Stay pada tahun 2001. Boyzone telah memutuskan untuk merekod semula lagu ini, supaya dapat memasukkan suara mendiang ahli kumpulan mereka dalam album studio terakhir mereka ini.

Dengan pelancaran album terakhir ini, Boyzone telah memulakan Thank You & Goodnight The Farewell Tour pada Januari 2019, bermula dari UK dan Ireland, diikuti oleh Australia, New Zealand, Eropah dan Asia.


Boyzone Thank You and Goodnight The Farewell Tour 2019 Live in Malaysia
Tarikh : Jumaat, 14 Jun 2019
Masa : 8.30pm
Tempat : Stadium Malawati, Shah Alam
Tiket berharga RM198, RM438, RM588 dan RM688
(Tiket boleh didapati di airasiaredtix.com)


Eksklusif untuk 200 pelanggan VIP yang terawal akan dapat bergambar bersama Boyzone. Abadikan kenangan terakhir bersama Boyzone dengan gambar berkumpulan! Terhad kepada 200 pelanggan pertama yang membeli tiket VIP (berharga RM688 setiap satu)

Boyzone Thank You and Goodnight The Farewell Tour 2019 Live in Malaysia dianjurkan oleh WOWSTAR Creative Entertainment dan diuruskan oleh J StarLux Entertainment Group dan Aco Media.

Post a Comment

0 Comments