10 cadangan amalan di 10 malam terakhir Ramadan.



Selalunya, di 10 malam yang terakhir pada bulan Ramadan, berpusu-pusu la umat manusia ingat meningkatkan amalan dan mengejar Malam Lailatul Qadar. Ada yang bernasib baik bertemu dengan malam tersebut dan ada yang leka dibuai mimpi indah duniawi.

Menurut Syaikhul Islam Zakaria Al-Ansari ciri-ciri malam lailatul qadar adalah tidak panas mahu pun dingin, dan pada keesokan harinya mentari terbit tidak terlalu menyilaukan. Hal ini berdasarkan Riwayat Imam Muslim.

10 AMALAN DI 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN

1) Tunaikan solat fardhu di awal waktu, dan seeloknya secara berjemaah
2) Lakukan solat terawih dan seeloknya jika dapat bangun untuk Qiyammullail atau Tahajud
3) Bersedekah; tidak kira barangan, makanan atau wang ringgit
4) Membaca Al-Quran, sebaiknya lakukan Tadarus sejak awal Ramadan lagi
5) Berbuat ihsan atau kebaikkan kepada ahli keluarga, sahabat dan saudara sesama Muslim
6) Perbanyakkan berzikir, beristighfar dan berdoa
7) Ulang sebanyak mungkin doa dibawah


8) Bertenang dan sentiasa bersabar dalam semua ujian
9) Hindarkan diri daripada sifat riak, 'ujub, sum'ah dan takabbur dengan amal yang telah dilakukan
10) Banyakkan berdoa semoga semua amal kita diterima Allah SWT

Tanda-tanda Lailatul Qadar biasanya dapat dikesan oleh orang-orang yang dikehendaki Allah yakni hamba-hambaNya di bulan Ramadan pada tiap tahun. Berusahalah untuk melakukan amalan-amalan sunnah dan semoga kita dapat bertemu Lailatul Qadar pada tahun ini.

Post a Comment

0 Comments