Mungkin ada yang tahu tak kurang juga yang tak tau bahawa tahun 2020 akan menjadi Tahun Melawat Malaysia, jadi atas inisiatif ini pihak Tourism Malaysia telah menganjurkan program Tourism Malaysia Travel Mart @ Negeri Sembilan yang telah berlangsung di Lexis Hibiscus Port Dickson minggu lepas.
YB Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik
Program ini telah diadakan sebagai medium diantara agensi dan pemilik produk pelancongan dalam usaha meningkatkan industri pelancongan domestik khusus di Negeri Sembilan. Seramai 140 pembeli dan 50 penjual produk pelancongan telah mengambil bahagian dalam program yang berformatkan B2B (Business to Business). Sesi dialog juga telah diadakan bagi berkongsi isu berkaitan industri pelancongan dalam negara.
YB Tuan Muhammad Bakhtiar juga turut menggesa agar memanfaatkan teknologi digital seperti media sosial dalam pemasaran produk pelancongan kerana trend ini terbukti mampu meluaskan pasaran produk mereka.
Program Tourism Malaysia Travel Mart ini akan diperluaskan di negeri-negeri lain dalam Malaysia pada masa akan datang dan pihak kementerian juga bercadang membawa Travel Mart ini di peringkat global jika mendapat peluang dan permintaan.
Means travel mart ni jual produk pelancongan ke? Aniway assalamualaikum.. singgah le ke blog saya yer
ReplyDeleteJarang dengar pelancong luar datang Negeri Sembilan. So, mungkin ni satu inisiatif yang bagus.
ReplyDelete