Restoran Mangkuk Ayam | Sally memang suka makan. Rasanya semua la suka makan...Sally ni kalau ada kopitiam, memang macam-macam benda nak makan...daripada assam laksa, mee kari, kuetiau sup...eh semua la mmg suka betul nak makan.
Sally mmg jarang pergi Cyberjaya, kebetulan minggu lepas pergi area sana, singgah dekat DPulze Shopping Centre...Kalau kat Cyberjaya, mall ni jela yang mudah nak jengah dan banyak pilihan. Sally pulak kalau ada kopi, ada makanan mmg boleh rehat dan makan.

Kitorang order Asam Laksa, Mee Kari Ayam dan Kuetiau Sup Ayam...Sally mmg favorite makanan Asam Laksa, kalau lepas travel mana-mana, kalau tak dapat jumpa roti canai mmg akan cari asam laksa...hahaha...tapi sebab mee kari dia pun nampak sedap, kuetiau sup pun nampak macam nyonya punya style...order je semua sekali...makan kongsi-kongsi...
Portion dia sangat besar, mmg kalau makan sorang mengah la jadinya...Sally yang suka gila asam laksa pun rasa macam nak putus nyawa nak habiskan satu mangkuk mee..hahaha...range harga dalam RM11.90 - 13.90 kalau korang ambil kombo set, dapat sekali air teh o ais limau atau sirap bandung.

Selain daripada mee, Sally suka gila makan pecal sayur...kalau orang yang tak suka sayur memang la rasa tak best, tapi Sally suka gila...tapi korang jangan ingat ini kacang pool tau...hahahaha....cumanya Sally sampai sekarang masih lagi terfikir kenapa meriah gila cili padi dia dlm kuah tuu...Hahaha...Harganya RM 7.90...Special dia sebab tauhu tu ada isi ikan...macam fishcakes.
Main menu kat sini Nasi Lemak dia selain daripada mee tadi la...ada Nasi Lemak lauk Rendang Daging, Ayam Goreng, Kari Ayam, Sambal Ikan Tongkol dan special sikit, Nasi Indo Siam Ikan. Semua lauk-lauk dia sedap...
Dekat sini juga ada 2 jenis pilihan bubur nasi...satunya yang siap dengan telur masin, lobak asin, ikan bilis dan kacang...lagi satu pula, menu terbaru yang diinspirasikan daripada menu Kelantan; Nasi Air Ala Kelantan...Complete juga dengan ikan bilis goreng, kacang, cili kicap, dan sotong.
Nasi Air Ala Kelantan
Kalau korang peminat rojak macam Sally, tak kisahlah Rojak Biasa ke, Rojak Mee Sotong ke, Rojak Mee Ayam ke, ataupun Rojak Buah...kat Restoran Mangkuk Ayam ada semua... Jadinya tak payah pilihlah. Sally suka sangat rojak buah dia...kuah sedap, pilihan buah-buahan dia pun tak kedekut dan banyak sangat variasi...tapi jgn risau, pilihan hati Sally masih awak semua, tak pernah berubah 😂
Dan nak genapkan lagi "ke-KOPITIAM-an" restoran Mangkuk Ayam ni, korang kena cuba ABC, Cendol, Mangga Ais, Lai Chee Kang, dan Tauhu Sumbat. Ini kalau ada keropok lekor mmg terbaik la kombinasi dia...Sally macam biasa kena minum kopi ais baru la complete hidup Sally.
Restoran Mangkuk Ayam agak sempit sedikit tapi masih lagi selesa, sambil korang tunggu makanan, ada mesin popcorn yang disediakan secara percuma...boleh la buat kudap-kudap semasa nak tunggu pesanan kita siap.
Pada Sally, range harga dia sangat berpatutan dengan portion yang diberikan...Honestly tak menyesal makan dekat sini...sebab kualiti makanan dia setanding dengan harga dan portion makanan...Kalau jenis yang makan sikit, satu bekas tu pun boleh dikongsi 2 orang, masih cukup dan confirm kenyang.

RESTORAN MANGKUK AYAM
P10 (Ground Floor) , Dpulze Shopping Centre
Waktu Operasi : 10am-10pm
Tel: 03-8322 5656
Facebook: facebook.com/Mangkukayam
6 Comments
mak aii..sedapnya..:)
ReplyDeleteKita tak pernah pergi Dpulze so tak pernah tahu kewujudan tempat ni.
ReplyDeletePuas ni kalau dapat mkn.. Abc tu meleleh je tgk
ReplyDeleteSedapnyaa semuaa.. Makan mee pastu ade abc.. Alahaii.. Nyamann
ReplyDeleteTak pernah tahu area cyberjaya ni belah mana. Hehehe
ReplyDeleteSedap betul la menunya semua. Tergoda pulak kita tengok dikala tengah malam ni. Hehe
Tak sempat nak merasa abc dia haritu. Eh tp kalau la kedai dia ni area kl je, memang selalu la emi ke kedai ni. sedap2 dan berbaloi
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!