2019 MONSTA X WORLD TOUR ‘WE ARE HERE’ IN KUALA LUMPUR


Selepas persembahan pertama mereka di Festival Muzik K-WAVE 3 pada Ogos 2018, MacpiePro sekali lagi membawakan dan menganjurkan konsert MONSTA X secara langsung di Malaysia buat kali kedua!

MONSTA X yang terdiri daripada tujuh orang ahli iaitu Shownu, Wonho, Minhyuk, Kihyun, Hyungwon, Joohoney and I.M telah ditubuhkan oleh Starship Entertainment pada tahun 2015, dan telah melancarkan empat buah album studio penuh, enam EP, satu album kompilasi, satu album video dan 16 single.

MONSTA X sebelum ini telah melancarkan EP pertama mereka yang berjudul ‘Trespass’ pada Mei 2015 dan berjaya menduduki tangga kelima dalam Carta Gaon Korea. Sejak itu, MONSTA X telah menembusi carta antarabangsa apabila album studio Korea kedua mereka yang berjudul ‘Take.1 Are You There?' pula menduduki tangga ketujuh dalam Carta Album Dunia Billboard.

Baru-baru ini, MONSTA X bekerjasama dengan produser muzik, Steve Aoki bagi lagu berjudul ‘PLAY IT COOL’ dari album studio Korea ketiga mereka, ‘Take. 2 We Are Here’ yang turut dibantu oleh pemuzik elektro.

2019 MONSTA X WORLD TOUR ‘WE ARE HERE’ IN KUALA LUMPUR



Tarikh: 22 Jun 2019
Lokasi: Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam
Masa : 6pm


Jadual Pembelian Tiket & HITS Deal
HITS Deal
13 April – 19 April 2019 (10am)
Kedai gaya hidup digital Mcalls dan laman web rasmi Mcalls (mcalls.asia)

Jualan Tiket Offline
20 April – 21 April (12pm)
Kedai gaya hidup digital Mcalls

Jualan Tiket Online
22 April 2019 (12pm)
Laman web rasmi MacpiePro (www.macpiepro.com) & MMspot Kedai gaya hidup digital Mcalls terletak di NU Sentral, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Paradigm Mall Johor Bahru dan Pusat Servis Mcalls MMall Pulau Pinang.

Tiket konsert dijual pada harga RM273 (Zon Hijau), RM373 (Zon Ungu), RM483 (Zon Kuning), RM573 (Zon Merah), RM593 (Zon MONBEBE) dan RM693 (Zon MONBEBE Pakej VIP).



Menariknya, zon MONBEBE Pakej VIP menyediakan akses ‘Hi-touch’ dan MONBEBE
berpeluang mendapatkan poster yang ditandatangani oleh MONSTA X. Manakala bagi yang membeli tiket di portal tiket rasmi pada minggu pertama jualan, berpeluang memenangi ‘Send-off Pass’ menerusi cabutan bertuah.

Mcalls Penaja Titanium 2019 MONSTA X WORLD TOUR ‘WE ARE HERE’ IN KUALA
LUMPUR

Dengan misi korporat MacpiePro untuk meningkatkan semangat “STRESS-FREE-MUSIC” dalam kalangan pencinta muzik, MacpiePro bekerjasama lagi dengan Mcalls untuk menyediakan kejutan ‘HITS’ khas buat pencinta muzik. Kolaborasi strategik ini membolehkan pencinta muzik menikmati diskaun 30% dari harga tiket apabila mereka melanggan Mcalls HITS Plan.

HITS Plan memberi kelebihan kepada Fans untuk membeli dua tiket 2019 MONSTA X WORLD TOUR ‘WE ARE HERE’ IN KUALA LUMPUR dengan harga diskaun. Jangan lepaskan peluang untuk membeli dua tiket pertama dengan diskaun 30%.

Manakala bagi pembelian dua lagi tiket tambahan, peminat boleh mendapatkan diskaun sebanyak 10% (sama ada Zon Merah RM573 atau Zon MONBEBE RM593). Mcalls Fans sedia ada pula boleh menaik taraf kepada HITS Plan dan menikmati tawaran hebat HITS Deal.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara melanggan Mcalls HITS Plan, sila layari laman web Mcalls (mcalls.asia) atau hubungi khidmat pelanggan Mcalls di 03-277882233 (Isnin - Jumaat dari 9am hingga 6pm).

Post a Comment

2 Comments

  1. layan la 1/2 lagu diorang ni. merasakan x kena sangat dengan selera hehe..
    faktor usia barangkali..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!