
Selain daripada tu, BGWP juga telah dianugerahkan "Best Large Water Park" pada tahun 2011 oleh MAATFA (Persatuan Taman Tema Hiburan & Keluarga Malaysia).
Coco Beach merupakan pantai buatan yang dihiasa dengan pasir putih sama macam dipesisir pantai dan ada cabana yang diperbuat daripada kayu dan semestinya pokok kelapa yang menghiasi sekitar kawasan tu...mmg terasa macam pantai sebenar la...sebab ada Wave Pool & Lagoon.
Wave Pool kat sini ada 8 jenis ombak dan salah satunya ada yang sama macam ombak masa Tsunami...Lain daripada yang lain. Wave Pool ni seluas 24,000 sq.ft. dan merupakan Wave Pool terbesar di Malaysia.
↪ Penguin Island
Direka khas untuk kanak-kanak, disini ada replika slides untuk orang dewasa dan ada juga pelampung (tubes) yang sesuai untuk ibu bapa/dewasa dan kanak-kanak.
⏩ Kids Slide
⏩ Kids Splash Pool
⏩ Adult Leisure Pool
⏩ Aqua Play
⏩ Glacier River – Journey Of Ice
⏩ Garden Terrace
⏩ Lake View Terrace
⏩ Telematch Pool

Wooden Cabana
Korang akan dapat PREPAID WRISTBAND, yang mana korang boleh top-up amaun yang korang nak, dan semua baki yang tidak digunakan akan dipulangkan semula, tanpa ada cas atau deposit.

Family Raft Ride
Di sini juga ada 5 jenis water slides yang sesuai untuk seisi keluarga...tapi ada minimum tinggi yang korang kena patuhi la...kalau kanak-kanak terlalu kecil pun tak sesuai sebab sangat ekstrem la semua water slides dia...
Tree Top Hill Slides
⏩ 6-Lane Racer
⏩ Family Raft Ride
⏩ Crystal Slides
⏩ Galaxy Slides
⏩ Canopy Slides

6-Lane Racer

Di salam ini juga disediakan surau untuk Muslim menunaikan solat Zuhur atau Asar, ada bilik kecemasan dan bermacam fasiliti yang lain. Pendek kata kalau korang habiskan masa separuh hari di dalam ini pun takde masalah.
Harga tiket:
RM18 (Kanak-kanak berumur 4-12 tahun, warga emas berumur 60 tahun dan keatas)
RM28 (Dewasa berusia 13-59 tahun)
Masa beroperasi:
Isnin, Rabu, Khamis : 11.00am – 6.00pm
Jumaat, Sabtu, Ahad dan Cuti Umum/Cuti Sekolah : 9.30am – 6.30pm
TUTUP PADA SETIAP HARI SELASA KECUALI CUTI UMUM DAN CUTI SEKOLAH
Untuk pembelian tiket : bgrc.com.my/product/bukit-gambang-water-park-ticket/
dua tiga kali lalu je Bukit Gambang ni Sally belum ada rezeki nak masuk :)
ReplyDeletelamanya tak pi gambang. Last pi masa anak-anak kecik lagi
ReplyDeletedua kali plan nak pi.. x pi pi hahaha.. kena tunggu brapa kali plan pun tatau la.
ReplyDelete