The Bowling Club | Kalau sebelum ni Sally dah kongsikan pasal WURST, kali ini Sally nak share dengan korang makanan yang ada di The Bowling Club.
The Bowling Club baru sahaja dibuka dan berada ditengah bandaraya Kuala Lumpur iaitu di Intermark, kalau korang yang tak tahu Intermark kat mana...Google je Hotel Double Tree by Hilton, sebab ada dalam bangunan yang sama. Sally tak lepaskan peluang untuk cuba makanan di The Bowling Club, sebab sekali lagi semua makanan dimasak oleh Chef Logan!
The Bowling Club baru sahaja dibuka dan berada ditengah bandaraya Kuala Lumpur iaitu di Intermark, kalau korang yang tak tahu Intermark kat mana...Google je Hotel Double Tree by Hilton, sebab ada dalam bangunan yang sama. Sally tak lepaskan peluang untuk cuba makanan di The Bowling Club, sebab sekali lagi semua makanan dimasak oleh Chef Logan!
Konsep The Bowling Club ini macam bowling alleys zaman 70-an...Kalau korang jenis yang menonton filem lama macam Sally (Sally pengaruh daripada abang), memang korang boleh relate dengan tempat ni...daripada susunan meja, design kat dinding, aksesori yang ada semuanya melambangkan bowling alley zaman-zaman tahun 70-an. Kalau korang mencari tempat yang ada kelainan dalam menu dan dimasak dengan penuh kreativiti, The Bowling Club la tempat yang paling sesuai.
The Bowling Club
PAELLA VALENCIA - (RM66)
Paella ini sesuai untuk 2-3 orang, sebab saiz dia agak besar. Selain daripada lautan makanan laut tu, korang boleh rasa roasted chicken medallions, cuttlefish gravy, dan kekacang.
THE BOWLING CLUB'S CHICKEN DINNER - (RM129)
Ini seasonal menu, boleh didapati bermula sekarang sehingga Januari 2019. Sesuai untuk 4-6 orang makan. Dalam platter ini ada Cornfed Chicken (2kg++) yang dibakar, sosej Boerewors (500g), pelbagai jenis sayuran, kentang bakar dengan kepingan Bakon Itik, sos giblet (jantung dan hati ayam) dan sos kranberi.
Sally suka tekstur ayam dia yang kenyal, tak macam ayam biasa tapi tak sama macam ayam kampung, korang kena cuba sendiri. Sosej juga dibuat sendiri oleh Chef Logan. Sesuai untuk sambutan Krismas dan Tahun Baru 2019.
WAGYU BEEF FRIED RICE (mb4++) - (RM49)
Nasi Goreng ini bukan macam nasi goreng biasa tau, dilengkapi dengan 150g daging lembu Wagyu yang dipotong dadu, dilengkapkan dengan nasi beras Jepun, cendawan Shitake, kacang Edamame, Daun Bawang dan Telur. Cara makan dia pun unik, kita pecahkan telur separuh masak tu dan campurkan semua bahan-bahan tu sekali...fuuhhhh...sedap oo!
DELUXE TRUFFLE FRENCH FRIES (V) - (RM27)
Kentang goreng ini ditabur dengan keju Parmesan, dan minyak Truffle. Sally pernah makan kentang goreng yang ditabur dengan Truffle Salt, mmg sedap...that's why la kentang ini pun jadi favorite Sally..hehehe
PIZZA TELUR MATA - (RM37)
Ha! Ini gabungan timur dan barat, walaupun nampak macam simple je tapi sekali korang dah makan mmg takkan berhenti punya la...Pizza ini uniknya sebab ada telur mata kerbau yang menjadi bahan utama...Cara nak makan, masa pizza tgh panas tuuu...kita hancurkan dan ratakan telur dengan keju yang ada atas piza dan boom! Gila marvelous!
(Ingredients:Tomato coulis, fresh herbs, olive oil, buffalo mozzarella mix)
SZILLING S’MORE - (RM25)
Ini menu wajib masa camping, tapi jangan risau sebab kalau tak pergi camping pun masih lagi boleh makan. S'more datang daripada perkataan SOME MORE, biasanya kalau masa camping dorang akan bakar marshmallow dan tekupkan marshmallow yang cair tu dengan dua keping biskut, kira jadi macam inti la...tapi kelainan dengan Szilling S'more sebab marsmallow dibakar dan dihidangkan dengan Nutella yang dicairkan, hot chocolate cake dan biskut kacang. Sedapnyaaa ooo~
So, kalau korang mencari tempat untuk menyambut Krismas ataupun hanya nak cari tempat lepak baru yang menghidangkan makanan yang sedap dan penuh kreativiti, maii la datang The Bowling Club.
The Bowling Club (Intermark)
348, Jalan Tun Razak, Kampung Datuk Keramat,
50400 Kuala Lumpur, Malaysia
03-2181 1268
Isnin - Ahad (11am hingga lewat malam)
Facebook: www.facebook.com/thebowlingclubkl
Instagram: www.instagram.com/thebowlingclubkl
*Pork-free restaurant
9 Comments
Menarik konsep yang ada tuh. Hidangan makanan pun nampak menyelerakan.. Yummy!
ReplyDeleteAlaaa sedap nyerr tengok.. Konsep restoran pun cantik..
ReplyDeleteMewah2 jugak makanan dia.. Yummm meh tolong hantar sini sikit
ReplyDeletewah.. lain dari yang lain ye menu dia.. pizza telur tu.. dan macam2 lagi
ReplyDeletePerghhhh .harga nikin gugur jantung .Memang mewah tapi sesuai dengan harga dan portion makanan .Berbaloi kalau makan
ReplyDeleteKenapa nama bowling club? Ingatkn mknn de hiasan bowling.. Hahaha.. Nampak eksclusive laa makanan dia...
ReplyDeleteOMG!!! the DELUXE TRUFFLE FRENCH FRIES is calling me there. I will check out this place soon.
ReplyDeleteOk la, atmosphere dia memang macam 70s bowling alleys. Menggamit memori sangat.
ReplyDeleteoooi makanan2 depaaa saji tu buat ailio ngences ni.. Sally !! hahaha..
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!