Kempen #MoodMojee dengan 6 jenis minuman dari Anchor Food Professionals.


MoodMojee Campaign Trail | Siapa la yang tak kenal dengan produk jenama Anchor yang terkenal dengan produk tenusu mereka macam butter, whipping cream dan juga cream cheese. Selepas kejayaan beberapa kempen seperti Say Cheese, PizzArt dan Anchor Travel Cakes, kali ini mereka kembali dengan kempen terbaru yang membawakan 6 jenis minuman; MoodMojee.

Selalunya kalau produk tenusu je memang kita kaitkan dengan makanan, pizza la kek dan sebagainya, tapi untuk kempen kali ini Anchor bawakan kelainan dengan 6 jenis minuman tenusu yang akan disediakan di beberapa buat restoran yang mengambil bahagian...kebetulan Sally sempat ke Perak untuk mencari dan merasai sendiri keunikkan gabungan produk tenusu Anchor.



Sebanyak 15 outlet telah dipilih di Semenanjung dan Sabah Sarawak, yang bermula sejak November 2018 sehingga Januari 2019. Macam yang di Kampar dan Sitiawan, Perak...korang boleh cuba MoodMojee di Family Confectionery dan Baker's Hut.

LOKASI PERTAMA : FAMILY CONFECTIONERY

Di Family Confestionery, korang boleh cuba 3 jenis MoodMojee; iaitu Kaya-nika Fusion, White Chocoffee dan Lemon Mint Meringue.



Kaya-nika Fusion
Minuman ciptaan Chef Firuz iaitu Kaya-nika Fusion sangat sinonim dengan masyarakat Malaysia sebab ada gabungan kaya, gula melaka, kacang merah dan pulut. Ianya dijual dengan harga RM12.90. Didalamnya terkandung produk Anchor Whipping Cream.



White Chocoffee
White chocoffee menggunakan Susu Penuh Krim Anchor, Anchor Cream Cheese dan Anchor Whipping Cream. Rasa kekacang serta coklat dan mentega kacang memang buat kita rasa dekat dengannya. Orang Malaysia kan suka coklat dan keju...hahaha...ianya dijual dengan harga RM10.90.



Lemon Mint Meringue
Lagi satu ciptaan Chef Firuz, kaya dengan lemon, mint dan vanilla ditambah pula dengan whipped cream, meringue yang dibakar, candied fruit seperti lemon dan oren diatasnya membuatkan Lemon Mint Meringue minuman yang menyegarkan dan menyenyangkan tauuu.





Kalau di Sitiawan, Baker's Hut sangat popular sebagai sebuah bakeri dan restoran yang menghidangkan pelbagai jenis roti, kek dan makanan yang sedap-sedap...mmg famous la semua kek dia, sebab sedap dan harga dia berpatutan.

LOKASI KEDUA : BAKER'S HUT

Di Baker's Hut korang boleh mencuba 3 jenis minuman juga iaitu Kaya-nika Fusion, White Chocoffee dan Pom & Grey Twist.



Pom & Grey Twist
Jujurnya dalam banyak-banyak air yang Sally cuba dalam kempen MoodMojee ni, yang ini paling favorite...Gabungan teh "Earl Grey" dan pati delima memang serasi...Lepas tu ada pulak krim coklat dan ditabur pulak dengan serbuk coklat. Fuhhhh...menu ini hasil daripada ciptaan Chef Ken.

Didalamnya terkandung Anchor Cream Cheese, Anchor Full Cream Milk dan Anchor Whipping Cream. Harga jualan RM15.90.



White Chocoffee
Sama yang macam yang disajikan di Family Confectionery, White Chocoffee menggunakan Anchor Full Cream Milk, Anchor Cream Cheese dan Anchor Whipping Cream...ianya dijual dengan harga RM14.90 di Baker's Hut.



Kaya-nika Fusion
Lagi sekali, minuman yang sama seperti di Family Confectionery...Minuman ciptaan Chef Firuz iaitu Kaya-nika Fusion hasil gabungan kaya, gula melaka, kacang merah dan pulut. Ianya dijual dengan harga RM15.90. Didalamnya terkandung produk Anchor Whipping Cream.





Ada lagi dua jenis minuman yang tidak dapat Sally cuba dalam MoodMojee ni iaitu Tangy Brew (Minuman cold brew coffee yang dilapisi whipping cream dan buih daripada cream cheese) dan Yuzu Chocolate Surprise (gabungan minuman coklat ais dan puri Yuzu).

Kepada korang yang nak cuba, boleh ke 15 cawangan yang mengambil bahagian dalam kempem MoodMojee ni...Setiap satu minuman melambangkan mood (emosi) yang berbeza dan korang takkan menyesal!

LOKASI:
Selangor
• Choon Guan Coffee Shop
• Gafe Kafé

Johor
• Love Tea F&B
• Living Room

Melaka
• Cofeology Café & Restaurant

Kedah
• La Taste (Cawangan Gurun dan Sungai Petani)
• Overstepped

Penang
• Lavish Fusion Bakery
• Hive by Love A Loaf
• La Taste

Perak
• Family Confectionery
• Baker’s Hut

Sabah
• Delight Factory
• Chubs Grill
• Chiu’s Café
• Lucky Bean

Post a Comment

7 Comments

  1. Woww anchir buat minuman pulak.. Terbaiklaa.. Tengok semua minuman tu nampak sedap. Yang pati delima tu nampak kelainan dia tu.. Rasa nak cuba.. Nanti nak cari area selangor ttu

    ReplyDelete
  2. kl punya branch takde ke..huhu...baru ingat nak try...

    ReplyDelete
  3. Anchor punya produk memang banyak yang akak guna. dari nak buat Pizza sampai la buat kek banyak produk Anchor je pilihan akak..

    Kali ni ada produk minuman pulak..Harus di cuba nih..kat sitiawan pulak tu..Kena cari!!

    ReplyDelete
  4. Ehh anchor ni bkn keju ke.. Habistu air rasa lemak2 berkrim la ea..ohh skrg dh buat minuman pula ke.. Wah msti sdp ni.. Kita suka anchor klo nk msk2..

    ReplyDelete
  5. Omg!!! best nyer I am tempted to try the Kaya-nika Fusion the combinations of kaya, gula melaka, kacang merah dan pulut macam best la.

    ReplyDelete
  6. Besarnya air, boleh minum 2-3 org ni. Takyah bazir kan. Tapi kalau nak try abiskan apa salahnya sorang satu

    ReplyDelete
  7. Qiss suka Kaya-nika fusion sebab ada pulut. Nyam nyam.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!