Bercerita pasal SAFI, kalau remaja memang jenama SAFI dah menjadi rakan karib...Itu masa zaman Sally laa...zaman sekarang tak tau sebab dah banyak lambakan produk dalam pasaran...Rangkaian SAFI Fair Beauty sebenarnya dah lama ada tapi kini ditambahbaik dan ditambah dengan kehadiran SAFI Fair Beauty BB Cream.
Disebabkan ada SAFI FAIR BEAUTY 31 DAY CHALLENGE, jadi Sally cabar ibu untuk sempurnakan cabaran ini...sebabnya Sally baru sahaja bertukar set penjagaan wajah, jadinya malas la nak buat kan...tapi teruja nak tengok kesan...hahaha..ibu la jadi mangsa pada akhirnya...
Seperti biasa, setiap set penjagaan kulit harus ada pembersih wajah...dan lebih istimewa dalam rangkaian SAFI Fair Beauty, ada pembersih pencerah wajah. Ianya bertindak membersih, mencerah dan memberi perlindungan UV.
Diformulasikan dengan gabungan ekstrak buah-buahan sitrus, Natural AHA Complex dan Vitamin B3, ia membersih sisa kotoran di samping melembap, melembut serta mencerahkan kulit dari dalam dengan menghalang kesan pembentukan melanin. Hasilnya kulit lebih cerah, berseri dan tona sekata.
Dengan rumusan BioFairness Technology mengabungkan ekstrak semula jadi dengan teknologi pencerahan, SAFI Fair Beauty BB Cream menyamaratakan tona kulit, mencerah dan memberi perlindungan UV.
Formulasinya diperkaya dengan Ekstrak Grapefruit Organik bagi meningkatkan pembaharuan struktur kulit sambil mencerahkannya, tambahan Multivitamin Kompleks; Vitamin B3, C, E, B5 & B6 yang membantu mencerahkan kulit dan menyamaratakan tona kulit supaya lebih sekata.
SAFI Fair Beauty BB Cream juga mengekalkan kelembapan, melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas serta menjadi pelindung UV yang melindungi dari sinaran UVA dan UVB.
Hasilnya kita akan dapat kulit cerah, berseri & tona sekata.
Pencerah Wajah SAFI Fair Beauty BB Cream bertindak mencerah dan memberi perlindungan UV. Menerusi gabungan Natural AHA Complex dan Vitamin B3, ia membantu mempercepatkan pembaharuan sel sambil mencerahkan kulit dari dalam, di samping melembap dan melembut untuk menyerlahkan kulit sehalus bayi serta membuatkannya 8 kali lebih cerah sekelip mata.
BAGAIMANAKAH IA BERTINDAK?
Krim Pencerah Wajah SAFI Fair Beauty bertindak melembap, mencerah dengan lebih efektif dan memberi perlindungan UV untuk menyerlahkan kulit sehalus bayi dan lebih cerah berseri sekelip mata melalui Natural AHA Complex yang memperbaiki proses pembaharuan sel kulit yang diaktifkan oleh gabungan ekstrak semula jadi buah-buahan sitrus yang turut membantu melembap, melembut dan mempercepatkan pencerahan kulit.
Vitamin B3 pula mencerah dari dalam secara efektif dengan memperlahankan pembentukan melanin pada permukaan kulit di samping menjadikan tona kulit lebih sekata. Krim ini juga ialah pelindung UV, yang melindungi kulit daripada radikal bebas dan sinar UV yang memudaratkan dengan lebih berkesan.
Secara keseluruhan, dalam masa 31 hari tak banyak sangat perubahan...mungkin juga sebab faktor umur dan sebagainya...cuma beberapa kawasan parut dan pigmentation tu agak berkurang sedikit..kulit ibu juga kurang berminyak dan tak terbakar walaupun duduk dibawah terik cahaya matahari.
Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama dan pasaraya hyper. Untuk maklumat lanjut berkenaan Safi Fair Beauty , sila layari :
FaceBook:
www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram SAFI:
@safimalaysia
YouTube:
www.youtube.com/safimalaysia
5 Comments
waaahhh...ibu jadi testimoni yaa...:)
ReplyDeletetry yang bb cream tu je, pencuci muka dia tak sesuai dengan sha
ReplyDeleteAssalamualaikum ibu. Salam perkenalan dari syaza :)
ReplyDeletewah..bgus ada model sendiri..:)
ReplyDeletesafi ni zaman uitm selalu pakai..skrg pakai beetox tu
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!