Kempen 'Foldover Your Leftovers' bagi kesedaran #ZEROWASTE bersama Mission Foods.


#ZeroWaste | Malaysia sememangnya dikenali sebagai syurga makanan...tak salah lagi sebabnya pelbagai jenis lapisan masyarakat yang ada di Malaysia membawakan menu-menu yg berbeza bagi mewakili etnik mereka...tapi tahukah korang yang rakyat Malaysia membuang hampir 15,000 tan metrik makanan setiap hari...iye...setiap hari dan lagi memeranjatkan statistik daripada United Nations Food and Agriculture Organisation, 20% daripada jumlah ini atau 3,000 tan adalah sisa makanan yang belum lagi disentuh dan masih boleh dimakan dan jumlah ini cukup untuk memberi makan 5.3 juta orang, 3 kali setiap hari!


Pada tahun ini, Hari Makanan Sedunia jatuh pada tarikh 16 Oktober 2018 dan selari dengan itu, Mission Food Malaysia telah bergabung dengan Chef Selebriti, Sarah Benjamin untuk memulakan kempen "Foldover Your Leftovers".

Kempen ini ingin mengetengahkan konsep "Waste Not Want Not" yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada orang ramai tentang idea-idea yang baik mengenai cara menjadikan baki makanan menjadi makanan lazat yang baru. Contohnya macam kalau kita masak kari, atau beli sate daripada kedai dan tidak habis, jangan dibuang sebab kita ada banyak resipi yang boleh diolah menjadi makanan yang baru dan sedap.

Sarah Benjamin yang berdarah kacukan Cina-Peranakan dan British, beliau seringkali dilihat di "Asian Food Channel", berkongsi pelbagai resipi yang bertepatan dengan selera keluarga dan rakan-rakan. Beliau juga pernah menjuarai pertandingan Food Hero pada tahun 2014 dan menaikkan nama beliau dalam industri makanan.

Mr Mark Tan, Retail Sales Manager of Mission Foods Malaysia; Sarah Benjamin, CelebrityChef; and Mr Randall Tan, Brand Manager of Mission Foods South Asia

Di dalam sesi demo yang diadakan pada pertengah Oktober yang lepas, beliau menggunakan balutan daripada jenama Mission seperti naan dan pita sebagai kanvas sempurna untuk menghasilkan resipi baru yang berbeza dan pelbagai dari sisa makanan Malaysia yang sering ada didapur seperti Kari, Sate dan Nasi Ayam.


Untuk sisa baki sate, Chef Sarah mencipta hummus dengan mengadun lebihan kuah kacang dengan kacang chickpeas. Hummus digunakan untuk melengkapkan pita sebelum potongan sate ditambah dan ditambah salad timun herba, dihiasi dengan bawang jeruk.


Sarah menunjukkan bagaimana lebihan kari boleh dibuat menjadi menu sihat Chicken Curry Foldover with Herbed Summer Veggies. Tak susah pun sebab Chef Sarah hanya menggunakan sisa kari ayam dan kentang, sayur-sayuran yang panggang seperti zucchini dan kernel jagung serta herba segar untuk menambahkan kesedapan. Bagi menambah lebih selera, beliau juga menggunakan keju mozzarella.


Chef Sarah telah menghasilkan 12 resipi menarik daripada lebihan makanan dan semua resipi ini boleh didapati dalam buku edisi terhad di semua kedai yang mengambil bahagian. Ianya diberikan secara percuma kepada pelanggan yang membeli dua produk Mission, bermula dari bulan November.

Semoga objektif kempen ini tercapai dalam memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia supaya tidak membazir dan menggunakan sisa baki makanan yang masih elok untuk digunakan sebagai sebuah menu baru yang sihat. Jadinya, selepas ini kalau ada sisa makanan atau lebihan lauk, jangan buang...Olah dan #FoldoverYourLeftovers!

Untuk maklumat lanjut mengenai Mission Wraps dan produk lain keluaran Mission Foods, sila layari laman sesawang www.missionfoods.com.my dan untuk Facebook pula, boleh layari www.facebook.com/missionfoodsmalaysia

Post a Comment

10 Comments

  1. Setuju betul bab pembuangan mknan Setiap hari tu. Sebab kita pun kadang dok membuang juga.
    Tapi mana yang boleh diolah untuk jadikan menu lain, kita olah juga.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah sedapnya gambar foldover tu !! By the way cantiknya Sarah :)

    ReplyDelete
  3. Baguslah..memang tak membazir selari dengan konsep "Waste Not Want Not" tu. Cara yang menarik untuk dipratikkan

    ReplyDelete
  4. Suka makan jenis wrap-wrap macam ni.. boleh letak macam-macam until intinya kan...

    ReplyDelete
  5. Memang betul pun. Malaysia kaya dnegan macam macam makanan sampai beelaku pembaziran. Bagus diperkenalkan konsep membuat menu lain dari makanan lebihan yg ada

    ReplyDelete
  6. Tak elokkan membazir, Kalau mkn sikit ambil sikit. Kurang baru tambah

    ReplyDelete
  7. bagus kempen ni.. mengingatkan kita agar sentiasa tidak membazir makanan.. baki2 makanan tu boleh digunakan lagi untuk menghasilkan menu2 yang kita sendiri tak terfikir nak buat .

    ReplyDelete
  8. Wahhhh, bagusnya siap ada kempen macam ni untuk bagi kesedaran tentang pembaziran makanan.

    ReplyDelete
  9. Baguslah ade kempen cmni kan.. TaKdelah membazir buang mknn yg xabis... Pdhal boleh buat satu menu lain lg

    ReplyDelete
  10. Bagus kempen ni, kita juga sejenis yg suka simpan lebihan mkanan dlm peti sejuk. Elak dari pembaziran

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!