Selalu kita dengar, “Ia bukanlah tentang saiz yang dipakai, sebaliknya bagaimana saiz tersebut dipakai”. Jazz & Co melancarkan koleksi untuk komuniti ‘plus size’ bersempena musim perayaan yang akan datang yang menampilkan nilai kecantikan asli dan keyakinan diri kepada pemakainya.
Nadzir sebagai pengacara majlis, acara ini merupakan inisiatif Jazz & Co untuk membawakan tren fesyen yang bermakna dalam industri ‘plus size’. Sebagai salah seorang komuniti ‘plus size’ yang berpengaruh, Dina turut membuat persembahan bagi memeriahkan lagi suasana majlis.
Koleksi di Jazz & Co direka bagi memenuhi keperluan lelaki dan juga wanita. Koleksi pertama yang ditampilkan merangkumi kira-kira 24 set pakaian kasual yang digayakan secara profesional supaya pemakai dapat mencapai keselesaan dan tampil bergaya. Koleksi ini membuktikan komitmen Jazz & Co dalam memenuhi keperluan pembeli dalam talian yang mana majoritinya ialah golongan muda.
Koleksi kedua Jazz & Co yang dipamerkan semasa acara pra-tonton eksklusif ini menampilkan pakaian pejabat dan juga busana malam hari. Rekaan unik yang dihasil dengan sempurna mencuri tumpuan tetamu majlis; lebih-lebih lagi apabila kebanyakannya diperbuat daripada fabrik premium Eropah. Lepas ini tiada alasan lagi untuk mereka yang berbadan gempal untuk berfesyen!
Sebagai jenama yang mensasarkan setiap peringkat umur, Jazz & Co tampil dengan koleksi yang bergaya, bersemangat dan ceria. Ini adalah bertentangan dengan persepsi umum bahawa pakaian bersaiz besar adalah bersifat hambar dan serius. Secara ringkasnya, Jazz & Co percaya bahawa komuniti ‘plus size’ juga mampu membawakan gaya fesyen yang sama seperti orang lain.
menyayangi diri anda, anda tidak akan pernah berasa 100% puas hati dalam hidup. Semuanya
bermula dengan diri anda. Hanya anda yang mampu mengubahnya.”
Dengan acara pra-tonton fesyen eksklusif ini, Jazz & Co berharap untuk memberi inspirasi
kepada komuniti ‘plus size’ untuk mengikuti tren fesyen semasa seperti individu lain, terutamanya ketika musim perayaan.
Pada masa yang akan datang, pelanggan akan dapat mengikuti lebih banyak lagi kempen dan
promosi menarik di portal dalam talian jazznco.com. Ia adalah sebagai inisiatif Jazz & Co untuk mengembangkan lagi koleksi dan pasarannya. Fokus utama kami pada masa ini adalah untuk mengembangkan pasaran Jazz & Co menjangkaui peringkat antarabangsa. Pihak kami sedang berusaha keras untuk merealisasikan impian ini.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Jazz & Co, sila layari laman sesawang Instagram dan Facebook @jazzncofashion atau laman web www.jazznco.com untuk koleksi busana ‘plus size’.
Baru je tengok website diaorang. I guess sebab baru so macam tak banyak pilihan lagi.
ReplyDeleteSenang dah ada tempat nak cari pakaian plus size ni.. Nanti lama2 mesti byk lagi koleksi yang ada
ReplyDelete