Hotel De Art mempunyai 5 cawangan di seluruh negeri Selangor; antaranya di Seksyen 7, Seksyen 9, Seksyen 19 dan I-City di Shah Alam dan cawangan di USJ.
↪ Hotel de ART Seksyen 7 - Tema Kertas Dinding (Wallpaper)
↪ Hotel de ART Seksyen 9 - Tema Inspirasi dan Harapan
↪ Hotel de ART Seksyen 19 - Tema 3D
↪ Hotel de ART I-City - Tema Fantasi
Kebetulan Sally datang bersama dengan sepupu dan ibu, jadinya ambil kesempatan la untuk bergambar. Awalnya dapat bilik untuk 2 orang sebab ada sedikit kesilapan teknikal, sementara tunggu mereka siapkan bilik yang lain sempat la bergambar kat sini..hahaha
Ada 5 jenis bilik yang boleh kita pilih, mengikut selera dan bajet kita. Macam Sally, Sally ambil bilik Art Family Deluxe yang sesuai untuk 4 orang dewasa atau mereka yang berkeluarga. Disini Sally senaraikan bilik lain yang terdapat di Hotel de ART, USJ beserta harga untuk satu malam:
↪ Art Queen (tanpa tingkap) - RM118
↪ Art Twin (tanpa tingkap) - RM118
↪ Art Queen Deluxe - RM138
↪ Art Twin Deluxe - RM138
↪ Art Family Deluxe - RM208
Untuk kakak-kakak yang risau tudung tak bergosok, jangan risau sebab ada disediakan iron board dan seterika di luar bilik. Pendek kata satu tingkat ada satu set disediakan tapi jangan seludup masuk dalam bilik okay!
Istimewanya Hotel de ART ialah setiap dinding dan sudutnya sangat cantik. Semuanya ada pelbagai jenis lukisan yang berbeza. Seronok teroka setiap tingkat untuk bergambar, ibu la orang yang paling excited sekali..hahaha
Kalau korang jenis suka posing dgn seni dinding, selfie dgn props yg cantik..Hotel De ART mmg lokasi yg tepat untuk staycation yang paling cantik pernah korang alami!
Jangan risau, walaupun tiada sarapan disediakan...di sekitar lokasi hotel ini ada sebuah pusat beli belah Main Place, kat situ ada pelbagai jenis restoran dan tempat untuk membeli belah. Selain daripada itu, Hotel de ART USJ berada dekat dengan stesen LRT USJ, jadinya kalau tak terasa nak memandu boleh je guna pengangkutan awam. Sekitarnya juga ada kedai makan yang banyak.
Pusat membeli belah One City juga terletak hanya 5 minit kalau memandu, nak berjalan kaki tu ada sedikit masalah sebab One City terletak berhadapan dan perlu melalui lebuhraya.

Hotel de ART USJ
No. 21 Jalan USJ 21/6, USJ 21,
47630 Subang Jaya, Selangor
+603-5888 9099
Website :
www.hoteldeart.com.my/
Facebook :
www.facebook.com/hoteldeart/
Instagram :
www.instagram.com/hoteldeart/
bestnya hotel ni..nanti pi sana,boleh la stay kat sini..warna warni dan menarik sangat
ReplyDeleteSuka konsep hotel ni. Whimsical!
ReplyDeleteCantiklah hotelnya tak macam duduk hotel pun, design tu macam ala2 taman
ReplyDeleteLawo lah hotel de art ni.. Dekat dgn pelbagai kemudahan ni sng sikit
ReplyDeletecantik la hotel ni ni..menarik
ReplyDeletecantik, kemas, deco menarik.. mmg best la.. npk selesa..
ReplyDeleteUuuuuu, interesting hotel. Cantik juga :D
ReplyDeletememang deco hotel ni lawa.. princess2 gituu =D
ReplyDelete