Jika korang mencari bufet yang menyediakan pilihan makanan yang bercirikan Malaysia, promosi bulan Ogos di Nook, Aloft KL Sentral memang tak boleh di lepaskan! Baru-baru ni Sally berkesempatan untuk berkunjung sendiri bagi merasai keunikkan rasa hidangan yang mereka sajikan!
Bufet kali ini lebih istimewa kerana menampilkan hidangan masakan Cina yang disedikan oleh Chef Emmanuel Chang Lin Con yang berasal dari Melaka. Masakan chef Emmanuel seperti Kam Heong Chicken with Dried Chilli, Butter Prawn with Oats dan juga Wok-Fried Mussels with Black Bean Gravy.
Sally memag suka betul dengan Butter Prawn mereka, udangnya segar dan yang penting sekali walaupun masak dengan butter tak rasa "heavy" sangat in terms of rasa dan tekstur dia.
Pencuci mulut kali ini dibawakan oleh Chef Zahrin Mohamad bin Madzlan. Korang boleh menikmati Bubur Som Som, Brownies Tower, Pandan Tiramisu in a Coffee Cup dan banyak lagi. Ini hanya beberapa pencuci mulut yang special kalau korang ambil bufet kat hotel ini.
Rasa Rendang tu walaupun dimakan dengan pasti masih lagi sedap dan rasa keaslian menunya. Untuk pizza tu pulak Sally tak berapa gemar sebab ada keju yang memang Sally tak pernah suka..hahaha..tapi overall rasa dia okay la...cuma Sally yang tak suka.
Harga bufet hanya RM108 nett untuk dewasa dan hanya RM54 nett untuk kanak-kanak berusia 6-12 tahun pada setiap hari Ahad sehingga Khamis. Pada hari Jumaat dan Sabtu, Nook menawarkan Sea Meat Buffet Dinner, satu siri rasa segar makanan laut seperti udang, ketam, kupang dan banyak lagi. Harga bufet pada hari Jumaat dan Sabtu ialah RM120 nett untuk dewasa dan RM60 nett untuk kanak-kanak. Nook, Aloft KL Sentral ini dibuka setiap hari dari jam 6.30 pagi hingga 12.00 malam.
Nampak sedap sangat semua makanan dekat sini. Berbaloi lah dengan harga tu kan ☺
ReplyDelete