Shopping online untuk rakyat Malaysia memang tak boleh dipisahkan, jadinya Sally ada berita baik untuk korang! Mr. D.I.Y dah boleh beli online!
Sebagai peruncit perkakas rumah terbesar Malaysia dengan lebih daripada 550 kedai di seluruh Asia Pasifik, Mr. D.I.Y dengan meriahnya telah melancarkan platfom shopping online mereka. Sally rasa rata-rata rakyat Malaysia mesti atleast pernah sekali masuk dalam kedai ni..tak kisah la nak beli stationary ke, barangan kelengkapan rumah ke dan macam-macam lagi la...
Duta jenama MR.D.I.Y; Adibah Noor sejak 2017. Di tahun pertama, MR.D.I.Y. melancarkan kempennya dengan slogan, 'Nasib baik tak beli tadi! MR.D.I.Y. murah lagi!'. Tahun ini, Adibah Noor kembali dengan slogan terbaru MR.D.I.Y.; 'Habislah ... Mr. D.I.Y. Boleh Beli Online!’
Semasa majlis pelancaran, kami diperkenalkan kepada empat ciri utama laman web online Mr. D.I.Y:
- Penghantaran percuma
- Mr. D.I.Y. Express
- Collect @ Mr. D.I.Y.
- Mr. D.I.Y. Guarantee.
PROMOSI DAN PERADUAN DENGAN HADIAH RM68,888
Sebagai promosi pengenalan dari bulan Jun hingga Ogos 2018, pembeli yang membeli dari laman web akan menikmati penjimatan RM5 pada pembelian pertama mereka dengan perbelanjaan minimum RM10, dan semestinya dengan perkhidmatan penghantaran percuma.
Selain itu, kesemua urus niaga dalam talian yang berjaya dalam tempoh peraduan akan memasuki cabutan bertuah di mana mereka boleh memenangi hadiah bernilai lebih RM68,888. Hadiah utama bulanan termasuk iPad, iPhone X dan MacBook Pro pada setiap bulan mulai bulan Jun, Julai dan Ogos 2018.
Sementara itu, tambahan empat (4) pemenang bertuah akan berpeluang untuk memenangi hadiah harian yang terdiri daripada baucar Mr. D.I.Y. bernilai RM50 setiap satu dengan pesanan pembelian barangan terpilih. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk membeli belah di laman web Mr. D.I.Y!
Untuk maklumat lanjut mengenai Mr. D.I.Y, korang boleh layari:
Website: https://mrdiy.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/mrdiy2u
Instagram: https://www.instagram.com/mrdiy2u
16 Comments
Good news to me. No need to purposely go to the store to buy the products that I needed.
ReplyDeletewow bahaya ni.haha
ReplyDeletekalau masuk situ xpernah x membeli
mesti beli benda yang tak penting pon jadi..ini plak main klik klik
menariknya.. mama tak penah try lagi
ReplyDeleteKat taman area umah akak baru je dibuka DIY..besar gak..lebih kurang 5 shoplot..baik every weekend bleh terjah..tapi kalau malas online aje..senang
ReplyDeletewahhh betsnya bila dengar shopping delivery dia free..
ReplyDeletealamak kalau kita beli pinggan rm5 pun dia hantar free ke ?
atau free delivery time awal awal je ?
Fuh... bahaya sungguh la ni, beli offline pun susah nak stop, lagi la ada online, lagi excited nak shopping kat mana-mana sahaja, bila bila masa
ReplyDeleteAwesome news. As a regular shopper at Mr DIY, I can now shop online, more convenient than going to the stores, even though there are about 3 - 4 Mr DIY stores just 5 minutes drive from home!! Hahaha
ReplyDeleteBest kan kak! DIY pun dpt beli online dah! Sy dah shop, brg pun dah sampai. Seronoknya!
ReplyDeleteI dah shopping online with Mr. . Request collection at their store but a bit late cos until now not yet received my items. But website is friendly user.
ReplyDeleteWah best-best..lepas ni boleh cari item Diy online je..takyah penat penat cari parking..eh btol ke free delivery ni?
ReplyDeleteMr Diy ni d3kat je gan rumah sis..selalu gak ke sana kalu nak beli barang2 tertentu.
ReplyDeleteNow dah boleh beli online ni lagi lah syiok..beli online lps tu ke store n pickup je..mudah betoi
Bestkan semua dah boleh beli online. Hujung jari semuanya hehehhe. Akk mmg gemar sgt berbelanja kat DIY ni sebab benar2 murah
ReplyDeleteMr. DIY itu tuk belanja o line ya? Hehehee... klo di Indonesia DIY adalah Daerah Istimewa Yogyakarta hehehee....
ReplyDeleteSekarang jaman teknologi memang semua sudah gampang ya? DIY hadir membantu dan mempermudah masyarakat berbelanja online.
Wahhh syoklah lepas ni boleh beli online aje barang barang dekat sini. Klik klik & tunggu aje barang sampai. Heheh.
ReplyDeletekena try usha website DIY ni.
ReplyDeleteSeiring dengan Peningkatan teknologi. Mr DIY yang banyak cawangan juga perlu wujud kan e-dagang. Lebih memudahkan. Bukan orang ramai tak suka ke kedai fizikal. Cuma bila ad website ni, kita bleh cek availability produk. Pastu cawangan berdekatan bleh jadi tempat kita collect produk. Sebab ada customer tak minat guna delivery parcel. Bagus ada banyak pilihan. Harap Mr diy bleh maintain perkhidmatan ni macam Watsons.
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!